Skip to playerSkip to main content
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata kerajaan bersetuju strategi pembangunan industri nadir bumi dilaksanakan secara berfasa bagi mengatasi cabaran termasuk tidak mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Mempunyai sumber REE yang signifikan, pembangunan dasar ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan beberapa cabaran utama.
00:10Yang pertama, negara masih belum mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial bagi melaksanakan aktiviti perlombongan REE.
00:22Situasi ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada teknologi luar untuk menjalankan aktiviti perlombongan.
00:30Sebagai contoh, dari segi perlombongan yang pertama kita buat REE ini di Perak, Kenering, kita bekerjasama dengan MCRE, syarikat daripada China.
00:42Kemudian dari segi pemprosesan REE tersebut, kita ada satu syarikat, Lainas, yang datang bawa REE daripada Australia dan memproses REE di syarikat Lainas di Pahang.
01:01Kedua, Malaysia juga masih belum mempunyai logi pemprosesan yang mampu memisahkan unsur REE bernilai tinggi secara komersial.
01:10Pada masa ini, rantaian nilai global untuk memprosesan dan pemisahan REE di nomasi oleh China termasuk kawalan terhadap ekspor teknologinya.
01:22Kekangan ini menyukarkan Malaysia membangunkan keseluruhan rantaian nilai daripada perlombongan, pemrosesan hingga penghasilan produk penila tambah.
01:31Ketiga, negara berdepan kekurangan data yang komprehensif berhubung lokasi, kuantiti, grade dan juga status guna tanah sumber REE.
01:42Anggaran awal REE oleh JMG, Jabatan Mineral dan Geosains, masih pada peringkat sumber teragak ataupun inferred resource dan memerlukan kajian terperinci lanjutan bagi menentukan jumlah sebenar yang boleh dilombong secara ekonomi dan lestari.
02:01Dan akhir sekali, dasar kerajaan yang tidak membenarkan perlombongan dalam kawasan sensitif seperti hutan simpan kekal, HSK, kawasan sensitif alam sekitar, KSAS, kawasan tadahan air dan reserve perlindungan turut menghadkan pilihan lokasi yang sesuai bagi pembangunan industri ini.
02:22Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan alam sekitar, namun pada masa yang sama, memerlukan pendekatan berhati-hati untuk menyeimbang pembangunan industri dan pemeliharaan sumber semula jadi.
02:37Untuk soalan yang berhormat, apakah perancangan dan pendekatan kerajaan mengatasi cabaran-cabaran ini, salah satunya ialah kerajaan telah bersetuju supaya strategi pembangunan industri nadir bumi ini disanakan secara berfasa meliputi jangka pendek 2025 hingga 2027,
02:57jangka sederhana 2027 hingga 2030 dan jangka panjang selepas daripada 2030.
03:05Pada masa jangka pendek, dasar moratorium pengeksportan mentah harii dikekalkan bagi menggalakkan pelaburan dan juga logi penulinan, pemisahan serta penghasilan produk bernilai tambah dalam negara.
03:19Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended