Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dewan Pengarah Syarikat Malaysia (MCCD) melantik Datuk Julita Ilhani Abdul Jabbar sebagai pengerusinya berkuat kuasa 11 November lalu selepas pengaktifan semula dewan tersebut secara rasmi pada Oktober lepas.
Transcript
00:00Dewan Pengarah Syarikat Malaysia MCCD melantik Dato' Julita Ilhani Abdul Jabar sebagai pengurusinya berkuatkuasa 11 November lalu selepas pengaktifan semula Dewan tersebut secara rasmi Oktober lepas.
00:13Menurut MCCD dalam kenyataan hari ini, pihaknya turut melantik Amarution Nararaja sebagai timbalan pengurusi.
00:20Menurut kenyataan EU, Julita akan menerajui transformasi MCCD sebagai sebuah platform progresif yang menghubungkan pengarah, penggubal dasar dan peneraju industri, memperkukuh takbir urus, memacu inovasi dan mempercepat pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana PKS demi menyokong daya tahan ekonomi negara.
00:41Beliau mempunyai kepakaran luas dalam takbir urus, mediasi, pembangunan dasar dan khidmat nasihat kepada lembaga pengarah yang memberikan asas kukuh dalam perundangan dan kepimpinan strategik.
00:52Menyedari peranan penting PKS dalam pertumbuhan inklusif, MCCD akan memimpin penumbuhan majlis bertindak PKS Medani, inisiatif pemuafakatan swasta awam yang menghimpunkan pertumbuhan bukan kerajaan ekonomi, peneraju industri, ahli akademik dan rakan koprat.
01:10Menurut Julita, majlis bertindak PKS Medani akan memberi tumpuan kepada peningkatan daya saing PKS, memacu transformasi digital serta memperluas penyertaan dalam ekonomi hijau dan sosial.
01:22Katanya usaha tersebut akan memperkasakan perusahaan Malaysia untuk muncul sebagai jaguh PMKS serantau, berteraskan kelestarian dan inovasi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended