Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024.
00:00Malaysia berjaya menarik sebanyak RM285.2 dalam pelaburan yang diduskan dari Januari hingga September 2025.
00:09Peningkatan 13.2% tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama 2024.
00:14Dalam satu kenyataan pada selasa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Maida berkata prestasi kukuh itu dicapai walaupun berdepan cabaran global,
00:23termasuk ketegangan geopolitik, gangguan rentaian bekalan dan keadaan moneteri yang lebih ketat.
00:30Katanya, sektor perkhidmatan menyumbang bahagian pelaburan terbesar iaitu RM187.9 bilion iaitu bersamaan 65.9%.
00:42Diikuti pembuatan sebanyak RM93.8 bilion bersamaan 32.9% dan sektor utama sebanyak RM3.5 bilion.
00:52Selain itu, sebanyak 4,874 projek diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang dijangka mewujudkan 152,766 pekerjaan baru,
01:06mencerminkan skala dan keluasan sektor minat pelabur dalam ekonomi Malaysia.
01:13Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafar Abdul Aziz menifatkan prestasi itu sebagai bukti strategi ekonomi Malaysia amat berkesan.
01:22Tengku Zafar berkata, walaupun aliran modal global mengucub ke tempat lain, Malaysia terus menarik pelaburan berkualiti pada skala besar.
01:32Menurutnya, ia mencerminkan keyakinan pelabur dalam kestabilan politik dan visi ekonomi negara.
01:39Kata beliau, para pelabur global berasakan daya saing kukuh menyebabkan mereka memilih Malaysia berbanding negara ASEAN lain.
01:47Ujarnya, pelaksanaan misi utama MITI tertumpu di bawah Pelan Indok Perindustrian Baharu 2030 NIMP 2030 adalah untuk menarik pelaburan.
01:58Ia termasuk menyediakan pekerjaan dan meningkatkan peluang kemahiran bagi memperkasa perubahan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan bernilai tinggi.
02:08Dalam pada itu, Maida berkata pelaburan asing meningkat 47.5% tahun ke tahun.
Be the first to comment