Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Bangladesh dijangka mengetahui keputusan perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, pada akhir bulan ini.
Transcript
00:00Baik, Bangladesh dijangka mengetahui keputusan perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina pada akhir bulan ini.
00:08Kekeliruan timbul mengenai tarikh keputusan selepas perbicaraan berakhir bulan lalu apabila satu sidang ditetapkan pada 13 November ini.
00:19Bagaimanapun pendakwa raya Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh, Ghazi Monawar Hossein Tamin berkata, sidang pada Khamis itu hanya bertujuan mengumumkan tarikh keputusan.
00:30Katanya berdasarkan pengalaman sebelum ini, mahkamah mungkin mengambil masa seminggu lagi untuk mengeluarkan keputusan.
00:37Justru katanya mahkamah dijadwalkan menetapkan tarikh keputusan pada 13 November ini.
00:42Bangladesh berada dalam kekacauan politik sejak pemberontakan berdarah menumbangkan kerajaan autokratik Hasina pada Ogos 2024.
00:51Keganasan terus mewarnai perjalanan kempen menjelang pelan raya yang dijangka pada Februari 2026.
00:58Hasina enggan mematuhi perintah mahkamah untuk kembali dari India bagi menghadiri perbicaraan beliau atas tuduhan mengarahkan tindakan keras maut dalam cubaan gagal menumpaskan pemberontakan yang dipimpin pelajar.
01:13Perbicaraan tanpa kehadirannya yang bermula 1 Jun lalu mendengar beberapa bulan keterangan yang mendakwa beliau mengarahkan pembunuhan beramai-ramai.
01:21Menurut pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB sehingga 1,400 orang terbunuh antara Julai dan Ogos 2024.
01:29Pendakwa mengemukakan lima pertuduhan termasuk kegagalan mencegah pembunuhan yang diklasifikasikan sebagai jenayah kemanusiaan di bawah Undang-Undang Bangladesh.
01:40Mereka menuntut hukuman mati sekiranya beliau disabitkan kesalahan.
01:44Hasina menafikan semua pertuduhan dan menggelarkan perbicaraannya sebagai jenayah keperundangan.
Comments

Recommended