Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Filipina kini berdepan ancaman besar apabila Taufan Uwan atau nama antarabangsanya ialah Fung Wong, yang diibaratkan sebesar negara itu sendiri semakin menguat dan dijangka menghentam utara Luzon dalam masa terdekat.
Transcript
00:00Selepas kaum migi yang meragut lebih 200 nyawa, Filipina kini berdepan ancaman besar bila Taufan Wan atau nama antarabangsanya Fung Wong yang diibaratkan sebesar negara itu sendiri semakin kuat dan dijangka menghentam utara Luzon dalam masa terdekat.
00:15Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. mengumumkan semua agensi kerajaan berkaitan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya sesulan amaran terkini mengenai kekuatan luar biasa Taufan berkenaan.
00:30Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihak berkuasa terus memantau pengukuhan Taufan Wan ketika ia menghampiri utara Luzon dengan semua agensi kerajaan kini dalam keadaan siap-siaga penuh bagi memastikan keselamatan rakyat.
00:43Beliau turut menggesa rakyat kekal tenang tetapi berwaspada serta mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan LGU dan Jabatan Meteorologi.
00:52Setakat pagi Sabtu, Taufan Wan dikesan 680km di timur Borongan, Eastern Sama atau 760km di timur Katarman, Northern Sama bergerak ke arah barat pada kelajuan 35km sejam.
01:05Ia membawa kelajuan angin maksimum 140km sejam berhampiran pusat ribut dengan tiupan kencang mencecah 170km sejam cukup kuat untuk menyebabkan kerusakan besar di kawasan yang terjejas.
01:16Kerajaan Filipina kini bersiap sedia menghadapi taufan berskala luar biasa yang berpotensi menjejaskan sebahagian besar wilayah utara negara itu.
01:24Sebelum ini, taufan Kalmagi atau dikenali juga sebagai taufan Tino melanda Filipina pada selasa, menyebabkan kemusnahan besar di beberapa wilayah Divisayas dan Bindanao.
01:33Cebu dan Negros oksidental antara kawasan paling terjejas apabila hujan lebat mengakibatkan banjir besar ketika taufan melanda pulau-pulau berkenaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended