Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Proses penyatuan enam agensi teras di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia bukan sahaja menuntut kesiapsiagaan logistik dan sumber manusia, namun turut berdepan cabaran dalam memastikan integriti serta nilai profesionalisme kekal utuh.
Transcript
00:00Proses penyatuan enam agensi teras di bawah agensi kawalan dan perlindungan sempadan EKPS Malaysia bukan sahaja menuntut kesiap-siagaan logistik dan sumber manusia,
00:11namun turut berdepan cabaran dalam memastikan integriti serta nilai profesionalisme kekal utuh.
00:16Ketua Pengarah EKPS, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain mengakui perbezaan budaya kerja dan peraturan menjadi antara cabaran mencabar dalam membentuk satu pasukan yang berdisiplin, telus dan berintegriti tinggi.
00:29Macam saya sebutlah, enam agensi teras, enam budaya kerja yang berbeza, enam peraturan kerja yang berbeza, itulah cabaran saya dan pasukan saya untuk menyatukan dan memberi ruh, ruh EKPS yang dikendaki oleh rakyat Malaysia.
00:49Baik itu, ruh yang jujur, ikhlas dalam melaksanakan tugas. Bukan satu cabaran mudah, cabaran yang sukar dan justru itu saya akan sentiasa berbincang dengan ketua sosial negara, ketua menteri dalam negeri dan sebagainya dalam menzahirkan satu pasukan yang boleh dibanggakanlah.
01:15Pada masa sama katanya, EKPS turut menumpukan usaha memperkukuh tenaga kerja dengan menyerapkan 220 veteran angkatan tentera Malaysia ATM secara berperingkat bagi mengimbangi keperluan sumber manusia ketika proses penstabilan agensi sedang berjalan.
01:30Menjelang pengambilan lihan 125 pintu masuk negara bermula 1 Januari 2026, EKPS kini sedang memperkukuh asas operasinya termasuk dalam aspek integriti, latihan dan teknologi sebelum beroperasi sepenuhnya sebagai agensi tunggal kawalan sempadan negara.
01:47Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi Randau Integriti Lead by Example Integriti Teras Kedaulatan, Amanah Accountability dan Tindakan sempena Hari Antirasuah Antarabangsa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Jumaat.
02:03Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended