Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan RM19.5 juta bagi mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan sempena musim perayaan tahun ini.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini Ibu Tanawani dan saya Irfan Faruqi. Kita mulakan dahulu dengan perkembangan dari Dewan Rakyat.
00:06Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan RM19.5 juta bagi mensubsidi 39,744 tiket penerbangan sempena musim perayaan tahun ini.
00:17Menteri Pengangkutan Anthony Luke berkata, subsidi berkenaan melibatkan RM491 bagi setiap tiket penerbangan yang layak.
00:30Maksimum yang perlu dibayar oleh penumpang adalah RM499, walaupun purata harga semenar adalah RM990.
00:38Subsidi untuk tahun ini telah dilaksanakan untuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Kehamatan dan akan diteruskan untuk Christmas pada bulan depan.
00:48Dalam hari itu, Kementerian Pengangkutan mengambil maklum bahawa sesetengah penumpang mungkin tidak sedar jumlah subsidi besar yang telah diperuntukkan kerajaan apabila mereka membeli tiket penerbangan pada musim perayaan.
01:01Sementara itu, Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan pihak syarikat penerbangan bagi mencari mekanisme terbaik untuk memaklumkan penumpang berkenaan jumlah subsidi tiket penerbangan yang telah memanfaatkan mereka.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended