00:00Asap tebal menyelubungi beberapa kawasan di selatan Lubnan, susulan amaran keras Israel terhadap tindakan Hezbollah yang didakwa cuba memperkukuh kekuatan senjata.
00:12Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam satu mesyuarat Kabinet pada Ahad memaklumkan Hezbollah kini sedang berusaha untuk menggunakan semula senjata selepas kedua-duanya memeterai perjanjian gejata senjata pada November lepas.
00:25Jelasnya Netanyahu, Israel akan menggunakan hak mempertahankan diri sekiranya Lubnan gagal menghalang kumpulan itu, selaras dengan perjanjian gejata senjata yang dimeterai.
00:39Perjanjian antara Lubnan dan Israel selepas lebih setahun konflik menetapkan bahawa hanya pasukan keselamatan negara dibenarkan membawa senjata, sekaligus menuntut pelucutan sepenuhnya oleh Hezbollah.
00:50Laporan menyebut Israel telah memusnahkan begitu banyak simpanan senjata Hezbollah sehingga kehabisan bahan letupan dan menjangkakan operasi di selatan akan selesai menjelang hujung tahun ini.
01:02Selain itu, Hezbollah secara terbuka menyatakan komitmen terhadap gejata senjata dan menjelaskan mereka tidak melepaskan sebarang tembakan ke arah Israel sejak perjanjian dimeterai.
01:12Namun begitu, ketika perjanjian gejata senjata masih berkuat kuasa, serangan udara Israel ke wilayah Lubnan didakwa terus-menerus berlaku.
Be the first to comment