Skip to playerSkip to main content
DBKL sedang meneliti pendekatan 'placemaking' dan reka bentuk infrastruktur bandar seperti di London, Tokyo dan Singapura yang menggunakan elemen fizikal bagi mengurangkan aktiviti tidur di jalanan.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Yang berhormat, pada ketika ini terdapat dua pusat transik gelandangan yang sedang beroperasi di bawah seliaan Dewan Bandarai Kuala Lumpur di BKL.
00:09Yang pertama ialah Pusat Hikmat Gelandangan PKG Medan Tuanku yang bertujuan sebagai tempat pengusatan aktiviti agihan makanan kepada gelandangan
00:18di sekitar kawasan Caukit, Jalan Tuanku Audra, mana juga Medan Tuanku.
00:23Pengagihan makanan harian di pusat ini adalah dianggarkan sebanyak 200 hingga 250 pak makanan dengan melibatkan kerjasama 6 NGO mengikut jadual lagihan di BKL.
00:34Pusat ini berupaya mempunyai kapasiti untuk bermalam sehingga 100 orang penghuni dan purata pengisian sedia ada adalah sekitar 50 hingga 90 orang dalam satu-satu masa.
00:45Kedua ialah Pusat Transik Gelandangan Kuala Lumpur, Anjung Kembara.
00:49Pusat Penempatan ini berkepasti 200 orang dan mengamalkan Low Barrier Entry dengan izin di mana tiada sebarang peraturan yang mebebankan dan rumit untuk membenarkan gelandangan ditempatkan di sini.
01:01Penginapan sementara dengan kemudahan asas lengkap termasuk makan minum disediakan untuk tempoh 2 bulan atau sehingga gelandangan ini mendapat pekerjaan dan penginapan tetap.
01:12Pada masa kini, seramai 91 orang penghuni mendapatkan pelindungan di sini.
01:15Para penghuni terdiri daripada mereka yang tiada sebarang penyakit kronik dan berjangkit, bebas daripada pengaruh dadah, bukan kategori orang kurang upaya dan tidak didagnosis sebagai individu yang menghadapi penyakit mental.
01:29Tidak dapat dipastikan jumlah gandangan di Kuala Lumpur ini tetapi rekod menunjukkan seramai 4,886 orang gelandangan pernah mendapat penafaat daripada pusat ini.
01:40Secara keseluruhannya, pusat-pusat transi ini masih mampu menampung keperluan penghunian gelandangan di Kuala Lumpur.
01:48Program perjuduhan pekerjaan ataupun job matching turut diadakan di Anjung Kembara dengan kerjasama pihak ASN Kebajikan Negara iaitu YKN, Jabatan Tenaga Kerja, JTK dan Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun Perkeso.
02:02Mereka turut dilibatkan dengan sesi temuluga bersama majikan yang bersesuaian termasuklah bantuan penyediaan resume untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
02:13Sebagai tambahan, pusat pembelajaran komuniti caukit di bawah selean DBKL juga berperanan bagi penyediaan ruang dan pelaksanaan aktiviti latihan kemahiran diri seperti kelas bakeri, kelas jahitan, kelas mengaji, kelas bacaan, kelas komputer dan juga aktiviti seni.
02:30Dalam usaha untuk berterusan yang membantu golongan gelandangan untuk berdikari dengan lebih baik, maka program pemantapan kendiri gelandangan di Kem Akal Gemencih telah diadakan pada 18 Mei 2025 sehingga 16 Jun 2025 dan melalui program ini seramai 48 orang gelandangan telahpun diberi latihan dan pembangunan kemahiran serta motivasi diri agar golongan ini dapat terus berdikari.
02:57Program gantian kad pengenalan dengan kerjasama pihak Mekar Jabatan Pendaftaran Negara juga telah diadakan bagi membantu gelandangan memperolehi semula kad pengenalan yang hilang dan program ini juga turut menyediakan program job matching dengan kerjasama pihak perkeso dan seramai 11 orang peserta telah juga memperolehi pekerjaan setelah tamat program ini.
03:19Yang berhormat sesi kedua program ini sedang dilaksanakan mulai 16 Oktober 2025 hingga 14 November 2025 dengan jumlah galangan yang terlibat adalah seramai 35 orang.
03:30Terakhir selain daripada itu DBKL turut akan meneliti pendekatan seperti placemaking dan juga reka bentuk infrastruktur bandar seperti yang diamalkan di beberapa bandar utama seperti London, Tokyo dan juga Singapura yang menggunakan elemen fizikal bagi mengurangkan aktiviti tidur di jalan ini tanpa menafikan akses kepada orang awam.
03:54Pendekatan ini juga melibatkan reka bentuk bangku awam contohnya yang tidak sesuai untuk mereka berbaringlah yang betul pencahayaan yang optimum serta susun atur landscape yang menggalakkan penggunaan sementara dan juga selamat.
04:08Jadi langkah ini dilaksanakan secara berkhidmat agar ruang bandar kekal mesra pengguna namun tidak menggalakkan aktiviti gelandangan yang berterusan.
Comments

Recommended