Skip to playerSkip to main content
Lauk ni antara combo paling ngam: pedas + butter + bawang putih! Ayam yang rangup di luar dan juicy di dalam, kuah dia pulak pekat melekat. Makan dengan nasi putih atau pasta lagi sedap!

SPICY GARLIC BUTTER CHICKEN

Bahan-bahan Ayam:

600gm ayam bahagian paha | potong kecil
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
5 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
½ sudu kecil garam
Air

Bahan-bahan Kuah:

3 sudu besar mentega salted
5 ulas bawang putih | dicincang halus
½ sudu besar chilli flakes
1 sudu besar sos cili
Sedikit air
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Bancuhan air dan tepung jagung

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #spicygarlicbutterchicken #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Nak makan laut simple hari ni, jom kita masak spicy garlic butter chicken.
00:04Sedap dan mudah.
00:07Mula-mula, kita berap ayam dengan tepung gandum,
00:10tepung jagung, bawang putih yang telah kita cincang,
00:13serbuk jintan manis, serbuk cili dan sedikit garam.
00:16Tambah air, just nice je. Cukup bagi coating ni lekat elok dengan ayam.
00:21Lepas tu, boleh goreng ayam. Ayam ni saya guna bahagian perha sebab
00:24dia lebih juicy dan tak rasa dry bila kita goreng.
00:30Bila dah goreng dan pera kemasan, boleh angkat dan toskan.
00:37Next, untuk kuah, kita masukkan mentega bersama sedikit minyak.
00:41Ini tips supaya mentega tak cepat hangus.
00:44Tubis bawang putih hingga naik bau.
00:47Tambahkan cili flakes dan sos cili bagi ada rasa kip pedas tu.
00:52Kemudian masukkan sedikit air, garam, gula dan bacuhan tepung jagung
00:56untuk pekatkan kuah. Gaulah hingga sebati.
01:00Akhir sekali, masukkan ayam yang telah kita goreng tadi.
01:04Gaul ayam hingga bersalut mesra dengan kuah.
01:08Ok, dah siap spicy garlic butter chicken kita.
01:11Makan dengan nasi atau pasta memang ngam.
01:13Selamat mencuba. Ingat makan, ingat rasa.
01:16Terima kasih kerana menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended