Skip to playerSkip to main content
Pedas, pekat dan harum daun kari, itulah Ayam Cili Masala yang confirm buat nasi bertambah! Rahsianya? Masak bahan kisar sampai pecah minyak, baru rasa rempah dia padu dan warna pun naik cantik berkilat. Makan dengan nasi panas atau roti naan pun ngam!

AYAM CILI MASALA

Bahan-bahan:

1 ekor ayam | digaul bersama garam dan serbuk kunyit
2 biji bawang besar | 1 biji dikisar, 1 biji dihiris
4 ulas bawang putih | dikisar
½ inci halia | dikisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh garam masala
3 biji cili besar hijau
2 biji tomato | dipotong dadu
Daun kari
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #ayamcilimasala #miniteskpress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Hari ni, jom kita masak ayam cili masala.
00:02Masakan inspirasi India yang padu dengan aroma kari yang memikat selera.
00:06Mula-mula, kita goreng ayam yang telah digaul dengan garam dan sebut kunyit.
00:09Goreng sekejap je sampai separuh masak.
00:11Kemudian, boleh angkat dan toskan.
00:18Next, kita tumis bawang besar yang telah kita hiris sampai naik bau dan sedikit layu.
00:22Masukkan tomato yang telah kita potong radu.
00:24Biar lembik sikit, kemudian kita boleh kisahkan bawang merah, bawang putih dan halia.
00:30Kisah hingga halus.
00:34Masukkan bahan kisah.
00:36Masak sampai pecah minyak.
00:38Kemudian, masukkan rempah kari.
00:40Sebut cili dan garam masala.
00:41Gaul-gaul-gaul hingga sebati.
00:43Masa ni, saya perlahankan api supaya rempah tak hangus.
00:46Tambahkan sedikit air supaya rempah masak cantik.
00:49Lepas tu, masukkan daun kari.
00:50Aroma daun kari tu memang menangkap selera.
00:52Masukkan sos cili dan garam secukupnya.
00:55Boleh gaul hingga sebati.
00:57Bila dah sebati, boleh masukkan ayam goreng tadi dan gaul hingga semua bersalut rata.
01:03Akhir sekali, masukkan cili hijau gaul-gaul-gaul dan dah siap ayam cili masala kita.
01:09Menu ni sedap makan dengan nasi putih atau nak makan dengan rutinan pun boleh.
01:13Selamat mencuba.
01:14Ingat makan, ingat rasa.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended