00:00Tuan Yang Di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menyatakan rasa dukacita yang mendalam terhadap insiden-insiden yang berlaku dan simpati penuh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada mangsa dan keluarga.
00:12Kami juga merekamkan takziah kepada keluarga yang kehilangan anak mereka pada hari Selasa yang lepas.
00:18Saya ingin menegaskan bahawa keselamatan setiap murid adalah tanggungjawab dan amanah terbesar bagi Kementerian Pendidikan.
00:25Tuan Yang Di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius semua insiden jenayah yang berlaku melibatkan murid di kawasan sekolah baru-baru ini.
00:34Peristiwa ini bukan sekadar satu amaran tetapi satu peringatan keras yang mengingatkan kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan murid tidak boleh dipandang ringan.
00:44Ia juga terkait dengan krisis kebejatan moral yang mesti diberikan perhatian serius oleh semua pihak.
00:51KPM kekal beriltizam untuk memperkukuh ekosistem keselamatan di sekolah memastikan setiap murid berada dalam persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif untuk pembelajaran.
01:02Untuk makluman lali yang berhormat, sejak sekian lama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempunyai mekanisme yang jelas menerusi ketetapan surat perkelilingi ikhtisas sebagai panduan kepada pentadbir sekolah.
01:13Antaranya melalui SPI bilangan 13 tahun 2023 pelaksanaan garis panduan pengurusan sah laku seksual di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,
01:23SPI bilangan 8 tahun 2011 garis panduan pengurusan keselamatan murid,
01:28SPI bilangan 4 tahun 2002 yang bertujuan mewujudkan suasana sekolah selamat agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan kondusif,
01:37dan SPI bilangan 9 tahun 2000 panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan co-curriculum.
01:47Selain itu, penegasan-penegasan terkait rapat dengan konsep sekolah selamat telah menetapkan keperluan untuk mewujudkan persikitaran fizikal,
01:56sosial dan emosi yang selamat serta kondusif bagi seluruh warga sekolah.
02:00Ia diikuti yang hormat dengan apa yang kita laksanakan termasuk tinjauan keselamatan kesekolah oleh jatuan kuasa khas reformasi keselamatan Institusi Pendidikan
02:10yang telahpun kita tubuhkan untuk menangani isu-isu keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.
02:15Melaksanakan audit keselamatan di seluruh Malaysia bagi memastikan bahawa isu-isu keselamatan ini dapat dilihat melalui audit yang tersusun dan teratur
02:24bagi memastikan seluruh SOP sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan-peraturan sediada.
02:31Simakkan semula prosedur operasi standar salah berlaku buli dan seksual, reformasi sistem aduan buli.
02:37Ini sangat penting bagi membolehkan anak-anak kita merasa selamat untuk membuat aduan melalui
02:42yang kita sebut sebagai melindungi identiti pengadu dan saksi.
02:47Begitu juga dengan pemasangan CCTV dan juga program-program yang terkait rapat dengan sokongan
02:53seperti mana yang disebut oleh yang berhormat berkaitan sokongan kepada kesihatan mental dan psikosocial.
02:59Tuan Yang Pertua, bagi memastikan bahawa isu ini tidak terhenti di sini dan melihat kepada bagaimana kemencapanan Malaysia
03:09yang harus lebih maknanya efisien dan tegas dalam soal-soal yang terkait rapat dengan keselamatan ini
03:16maka kita memastikan juga dalam konteks hari ini kita melakukan immediate reform ke atas sistem dan mekanisme yang sediada.
03:26Pemerkasaan sekolah selamat dan program pendidikan yang sedang berjalan dengan usaha merentasi kementerian
03:32terutamanya Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Warta dan Keluarga dan Masyarakat
03:40serta pendekatan seluruh masyarakat melibatkan PIBG, PIBKS, NGO bagi menghadapi cabaran di hadapan kita.
03:47Usaha ini akan menjadi satu usaha intensif dan berterusan dengan kesemua JPN dan PPD dikerah untuk pelaksanaan secara praktikal dan efisien
03:56di semua 10,243 sekolah di seluruh Malaysia serta merta yang berhormat.
04:04KPM akan menilai keberkesanan usaha ini secara intensif dan berterusan.
04:09Pemantauan dan penilaian pelaksanaan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah akan dinilai semula setiap 15 hari.
04:15Menteri dan Timbalan Menteri serta pengurusan tertinggi KPM akan terus bertemu dengan warga pendidik dan murid
04:21bagi mendengar dan mendapatkan input berkaitan pelaksanaan inisiatif ini.
04:25Lima fokus utama kerangka sekolah selamat yang termasuk dalam immediate reform ini akan merangkumi
04:33kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak,
04:40pencegahan bahan terlarang, child protection policy, teacher care and support dan student voice ataupun suara murid.
04:49Kesihatan mental, pengukuhan dan intervensi kesihatan mental akan diberikan keutamaan khususnya pengukuhan ekosistem,
04:55sokongan kepada guru bimbingan dan kaunseling dan para murid.
04:58Semua program pengukuhan kesihatan mental akan melibatkan kemenjuan kesihatan Malaysia dan rakan strategik dalam bidang kesihatan mental.
05:05Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak,
05:11melaksanakan program kesedaran dan intervensi khusus secara berfokus dan jelas berpandukan panduan agama, nilai dan budaya.
05:19Semua sesi ini harus dilaksanakan secara intensif dan komprehensif dengan sokongan kepada warga sekolah
05:24termasuk pindungan terhadap kanak-kanak dan undang-undang sediada.
05:28Ini bertujuan supaya murid dilengkapi dengan maklumat dan kemahiran sewajarnya
05:32supaya mereka boleh membuat keputusan dengan tepat dalam kehidupan seharian.
05:37Larangan keras membawa bahan telarang dan berbahaya,
05:39penegasan terhadap pemeriksaan berkala dan mengejut oleh pihak sekolah
05:42dengan kerjasama agensi kerajaan, PGB dan guru disiplin bagi mastikan tiada unsur bahan telarang
05:48dan berbahaya masuk ke premis sekolah.
05:50Child Protection Policy, Polisi Perlindungan Kanak-kanak,
05:53semua pemegang taruh termasuk ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah
05:57akan dilibatkan dalam sesi libat urus berkaitan Child Protection Policy
06:01sebelum dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah.
06:05Kesedaran, tanggungjawab dan accountability semua pihak dalam perlindungan
06:09dan keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama.
06:12Teacher Care and Support, sistem sokongan psikosocial kepada guru
06:15mesti terus diperkukuhkan dan diberikan keutamaan dalam memastikan
06:19kesejahteraan guru ketika berada dalam situasi yang memerlukan sokongan segera.
06:23Student Voice, suara murid adalah signifikan dalam memastikan ekosistem sekolah selamat
06:28ini kerana pandangan, hasrat serta hak mereka adalah terkait dengan apa yang sering disebut
06:34sebagai what they want and what they need.
06:37Suara murid adalah suara nurani, suara yang mesti didengar dan diberikan perhatian.
06:42Suara anak-anak adalah cerminan kepada perasaan, pengalaman dan harapan mereka.
06:46Kerangka ini menekankan pendekatan holistik yang bukan sahaja melibatkan pihak sekolah.
06:52Tetapi, ibu bapa, agensi kerajaan dan komuniti.
06:56Disebab itu, untuk immediate reform ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat
07:00mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, inklusif dan sejahtera
07:04untuk semua warga sekolah dan kita mengalukan semua sebarang input dan pandangan
07:09bagi kita sama-sama merempuh cabaran ini bagi menjamin masa depan
07:13anak-anak generasi pewaris kita.
07:15It takes a village to raise a child, dengan izin Datuk Speaker, KPM percaya,
07:19didikan dan juga sokongan kepada semua, khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
07:24dan juga melihat kepada peranan ibu bapa dan ahli masyarakat penting
07:29dalam menangani semua isu-isu yang dibangkitkan oleh yang berhormat tadi.
07:33Terima kasih.
07:33Terima kasih.
Comments