Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk menyambut hari lahirnya yang ke-80 tahun depan dengan menganjurkan pertarungan seni mempertahankan diri dalam sangkar di halaman White House, lapor Agensi Berita Jerman
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk menyambut hari lahirnya yang ke-80 tahun depan dengan menganjurkan pertarungan seni mempertahankan diri dalam sangkar di White House.
00:13Trump dalam satu ucapannya di Virginia pada ahad berkata, acara yang diumumkan beberapa bulan lalu itu bakal menampilkan Ultimate Fighting Championship UFC yang akan berlangsung pada 14 Jun.
00:27Tiga bulan lalu, ketika pertama kali menyuarakan idea ini, terang mengaitkannya dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Amerika Syarikat ke-250 pada Julai 2026.
00:40Bagaimanapun, ketika berucap di hadapan anggota tentera di pangkalan tentera Laut Not Fork, beliau tidak menjelaskan mengapa hari lahirnya pula dipilih untuk penganjuran acara ini.
00:51UFC ialah liga profesional terbesar bagi seni bela diri campuran atau MMA, sejenis sukan tempur sentuhan penuh yang menggabungkan teknik tinju, kickboxing, gusti dan pelbagai seni mempertahankan diri lain.
01:06Berbeza dengan gusti profesional, pertarungan UFC tidak mempunyai skrip atau lakon layar.
01:12Malah, pertarungan ini seringkali menyaksikan pendarahan atau perserta ditumbuk hingga tidak sedarkan diri.
01:20Trump sudah lama menjadi peminat UFC dan pernah beberapa kali hadir menyaksikan pertarungan dari tepi gelanggang.
01:27Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended