Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Belanjawan 2026 dijangka meneruskan pengukuhan fiskal, bertujuan mengecilkan defisit kepada 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), susulan defisit Belanjawan 2025 berada di landasan yang betul untuk memenuhi sasaran 3.8 peratus daripada KDNK, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selanjutnya, Belanjawan 2026 dijangka meneruskan pengukuhan fiskal bertujuan mengecilkan defisit kepada 3.6% daripada keluaran dalam negara kerasa atau KDNK.
00:11Maybank Investment Berhad, Maybank IB, berpendapat defisit Belanjawan 2025 berada di landasan yang betul untuk menuhi sasaran 3.8% daripada KDNK.
00:22Jangkaan itu berdasarkan pertumbuhan hasil yang mampan di samping pengembangan ekonomi berdaya tahan menyokong perbelanjaan operasi yang meningkat untuk menampung geniakan gaji dan pencik kekitangan awam dalam fasa kedua selain perkhidmatan awam dan bantuan sosial lain yang penting.
00:41Maybank IB berkata, perbelanjaan pembangunan dijangka kekal stabil, disokong oleh pelaburan domestik daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC di bawah program Gear Up dan menerusi projek inisiatif perkongsian awam swasta dan kewangan swasta.
00:58Belanjawan kali ini juga dijangka kurang memberi tumpuan kepada langkah cukai selepas beberapa siri levy baru pada 2024-2025.
01:05Katanya melihat penangguhan daripada cukai baru berbanding 2024-2025 dengan memperkenalkan cukai keuntungan modal dan cukai barang bernilai rendah pada 2024, cukai dividen dan cukai minimum global GMT pada 2025 dan semakan cukai jualan dan perkhidmatan pada 2024-2025.
01:26Menurut Maybank IB, potensi peluang khas termasuk kenaikan duty exercise ke atas tembakau yang mana kali akhir disemak pada 2015, minuman beralkohol 2016 dan cukai permainan 2019 atas alasan kesihatan awam dan sosial.
01:44Katanya skop untuk memperluaskan rasionalisasi subsidi bersasar melangkaui elektrik dan minyak bagi mengatasi ketirisan serta menghapuskan subsidi sementara secara berperingkat seperti gas petroleum tercair, minyak masak, penjagaan kesihatan awam, pendidikan dan gula diikuti pula dengan berakhirnya subsidi sementara ke atas ayam pada 2023 dan telur tahun ini.
02:09Sementara itu, langkah utama bagi ekonomi dan sosial di bawah rancangan Malaysia ke-13 dijangka memberi tempuan kepada pembaharuan pasaran buruh dan sokongan pendapatan termasuk butiran mengenai levi pekerja asing pelbagai peringkat dan had 10% yang dicadangkan ke atas bahagian pekerja asing daripada jumlah pekerjaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended