Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan banjir kilat di Kubang Pasu dan Pokok Sena, Kedah. Penduduk dinasihatkan tingkatkan kesiapsiagaan.
Transcript
00:00Baik, hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang Jumaat menyebabkan beberapa kawasan di Negeri Kedah dilanda banjir kilat, khususnya di daerah Kuban Pasu dan Pokok Sena.
00:10Menurut laporan daripada Sukarelawan Hidmat Malaysia Negeri Kedah, antara kawasan yang terjejas di Kuban Pasu termasuk Tanah Merah, Taman Masuri, Pantai Halban dan Kampung Malau.
00:20Sementara itu di Pokok Sena, Kampung Tubah dan Kampung Macang Kudung turut dilaporkan dinaiki air.
00:26Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia turut maklumkan bahawa ribut petir dan banjir kilat dijangka berterusan sehingga jam 1 pagi melibatkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, sebahagian Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
00:41Seorang Sukarelawan Hidmat Malaysia turut melaporkan keadaan di Lebuh Raya Plus berhampiran Taiping yang dinaiki air menyebabkan hanya satu lorong dibuka dan trafik menjadi sesak.
00:50Fasa peraihan monsoon yang bermula 30 September lalu dijangka berterusan sehingga November dan lazimnya membawa cuaca tidak menentu termasuk ribut petir serta banjir kilat.
Comments

Recommended