Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Resolusi yang mula berkuat kuasa pada Rabu, adalah selaras dengan rancangan kerajaan untuk memenuhi permintaan buruh daripada pelbagai industri sambil memberi peluang kepada pelarian untuk menyertai ekonomi secara sah.
Transcript
00:00Warga Myanmar yang tinggal di kamp pelarian di Thailand kini boleh mendaftar untuk mendapatkan permit yang membolehkan mereka bekerja secara sah di negara itu.
00:10Langkah itu dibuat selepas Kabinet pada 26 Ogos meluluskan resolusi membenarkan pelarian bekerja sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani kekurangan buruh.
00:20Menteri Buruh Thailand berkata resolusi itu yang mula berkuatkuasa pada Rabu adalah selaras dengan rancangan kerajaan untuk memenuhi permintaan buruh daripada pelbagai industri sambil memberi peluang kepada pelarian untuk menyertai ekonomi secara sah.
00:38Langkah itu akan memberi manfaat kepada 42,601 pelarian berumur antara 18 hingga 59 yang tinggal di sembilan pusat pelindungan di seluruh wilayah Mi Hongson, Tapchanburi dan Ratchaburi.
00:55Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Pekerjaan Pichet Tongpan berkata lebih 12,000 pelarian telah menunjukkan minat untuk bekerja.
01:03Sektor yang mempunyai permintaan tertinggi termasuk pembinaan, pembuatan elektronik, pertanian, pertenakan, perikanan dan pengeluaran makanan serta minuman.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended