Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
24 jam sudah berlalu sejak kapal pertama dalam misi Global Sumud Flotilla dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa.

Faida Rahim dari Sumud Nusantara Command Centre di Sepang.
Transcript
00:00Baik, bersama kembali. Dapat empat jam sudah berlalu sejak kapal pertama dalam misi global Sumut Fortila GSF di Pintas Tentera Israel di Zon Merah dan Faida Rahim dari Sumut Nusantara Koman Seta di SNCC di Sepang sudah bersedia untuk membawakan perkembangannya. Faida?
00:18Terima kasih kerana setugas di SRO pada mar kami kini berada di SNCC di Sepang yang mana pada pagi ini keadaan di sini masih tenang dan terkawal dan jelas menunjukkan solidariti yang begitu mendalam dalam kalangan petugas dan pasukan teknikal yang masih menantikan perkembangan lanjut mengenai peserta.
00:48GSF yang ditahan oleh tentera Israel semalam. Dan dalam misi denah itu semalam juga dikatakan pasukan ini semakin menghampiri perairan Gaza dengan bawa bekalan bantuan kepada rakyat Palestine telah bertukar menjadi krisis antarabangsa.
01:05Ini selepas sekurang-kurangnya 30 anggota daripada 45 kapal dalam konvoi itu termasuk yang bawa rakyat Malaysia telah dipintas dan ditahan di lautan Mediterranean.
01:17Dan pada itu juga telah berlangsung satu sidang media pada malam tadi daripada ketua pengarah SNCC iaitu Datuk Sani Arabi telah memaklumkan bahawa semua pihak telah bersedia dari fizikal dan mental terhadap sebarang kemungkinan termasuk tindakan diplomatik susulan.
01:40Fahidah mungkin boleh kongsikan kalau ada bertemu petugas-petugas di SNCC ini apakah mood dan suasana mereka sebab mereka memantau perkembangan mesin secara langsung.
01:53Mereka sering nampak perkembangan apabila kapal-kapal ini dipintas oleh Israel. Mungkin boleh kongsikan sedikit suasana di sana.
01:58Setakat ini masih belum ada perkembangan dan saya dimaklumkan juga akan berlangsung satu sidang media selepas jam 10 pagi ini yang mana ketua pengarah Datuk Sani juga akan maklumkan perkembangan terkini mengenai 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel semalam.
02:23Dan daripada itu saya sempat berbual dengan salah seorang kaki tangan mengatakan bahawa kapal misi kemanusiaan GSF iaitu Marinette dilapor menjadi flotila terakhir yang meneruskan pelairan.
02:35Apabila berada kira-kira 120 batu nautika dari pantai Gaza dan perkara ini telah dikongsikan salah seorang sukarelawan yang menaiki kapal berkenaan melalui siaran video dan kemudiannya dinaikkan di media sosial beliau.
02:52Dalam hari itu pihak SNC juga telah mengesahkan pada semalam pada jam 4.25 petang kesemua 23 delegasi rakyat Malaysia telah ditahan oleh IDF dan Visual telah dikeluarkan juga telah menunjukkan beberapa kapal termasuk Sirius dan Estela Manuel mula memasuki pelabuhan Ashdot yang menguatkan bukti bahawa mereka 23 peserta ini telah dipindahkan ke darat.
03:19Dan dalam pada itu juga daripada aspek perundangan dan sokongan pasukan guangan Malaysia di Jordan yang kini berada di Jordan berada dalam keadaan siap-siaga untuk mewakili delegasi dalam sebarang soal siasat.
03:33Dan daripada itu juga Dato' Sani juga telah maklumkan pihak delegasi telah dilatih untuk tidak menjawab sebarang soalan tanpa kehadiran peguam sebagai sebahagian daripada SOP keselamatan.
03:46Dan dalam pada itu juga pihak SNCC di sini terus memberikan sokongan dan mengadakan pertemuan khas dengan ahli keluarga berserta yang telah ditahan semalam dan terus memberikan maklumat dari masa ke semasa dan juga sokongan moral.
04:01Dan dalam pada itu juga sedikit perkembangan dan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Anwar Ibrahim telah menghubingi Presiden Turkiye semalam untuk bantuan diplomatik yang mana 45 negara yang terlibat dalam flotilas sedang melobi kerajaan masing-masing termasuk anggota EU dan juga NATO.
04:19Baik, terima kasih Faidah Rahim dari Sumut Nusantara Koman Serta di Sepang. Kita akan bawakan sidang media harian jam 9 pagi nanti.
04:29Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended