00:00Syarikat penerbangan tambang murah terbesar Eropah Ryanair memberi amaran bahawa kebimbangan pengguna terhadap perang AS Israel dengan Iran berpotensi menjejaskan
00:10harga tambang pada waktu puncak musim panas.
00:13Namun begitu, syarikat itu menyatakan risiko gangguan bekalan bahan api kini semakin berkurangan selepas pembekalan menyesuaikan operasi sesulan penutupan laluan
00:23strategik Selat Orbus.
00:27Dalam kenyataan terbaru, Ryanair berkata ketidaktentuan pasaran dan kebimbangan inflasi menyebabkan kadar tambang yang sebelum ini dijangka meningkat rendah satu
00:35digit kini dilihat mendatar bagi tempoh Julai hingga September.
00:40Syarikat itu berkata prospek keuntungan musim panas masih tidak jelas dan banyak bergantung kepada tempahan saat akhir.
00:46Ketua Pegawai Eksekutifnya Michael O'Leary berkata pembekal bahan api mereka memaklumkan tiada gangguan dijangka berlaku sekurang-kurangnya sehingga pertengahan
00:54Julai sekaligus memberi sedikit kelegaan kepada pasaran penerbangan Eropah.
00:59Pagi tahun kewangan berakhir Mac lalu, Ryanair mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak 2.26 bilion euro melebihi jangkaan penganalisis serta
01:08meningkat berbanding 1.61 bilion euro pada tahun sebelumnya.
01:12Bagaimanapun, keuntungan itu tidak termasuk peruntukan khas 85 juta euro berkaitan denda oleh pihak berkuasa pesaingan Itali yang masih dalam
01:21proses rayuan.
Comments