00:00Rupiah Indonesia mencatat paras terendah baru pada Isnin, mengetuai kejatuhan mata wang Asia sedang pesat membangun ketika ketegangan di Asia
00:09Barat terus mencetuskan gelombang panik dalam pasaran global.
00:13Rupiah merosot 1.19% kepada 17,668 berbanding dolar AS yang merupakan kejatuhan harian terbesar sejak awal September.
00:28Tekanan turut dirasai pasaran saham Indonesia apabila indeks di Jakarta jatuh lebih 4% kepada 6,425 mata yang menandakan
00:38sesi kerugian kelima berturut-turut dan susut lebih 25% setakat tahun ini.
00:43Bank Indonesia dilihat terus berusaha menstabilkan mata wang itu melalui campur tangan dalam pasaran spot, hadapan dan bon kerajaan namun
00:51tekanan pasaran masih berterusan menjelang mesyuarat dasar minggu ini dengan kadar faedah kekal pada 4.75%.
00:59Dalam pada itu, rupiah India jatuh ke paras terendah sepanjang masa, ringgit Malaysia susut 0.7% kepada 3.9750
01:08berbanding dolar AS.
01:10Manakala won Korea Selatan dan dolar Taiwan masing-masing juga mencatat penyusutan.
Comments