Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kabel gentian optik yang terputus disebabkan oleh pihak ketiga menyebabkan gangguan internet berlaku di bahagian Samarahan hingga mengakibatkan kesukaran pengguna membeli minyak petrol menggunakan subsidi BUDI95.
Transcript
00:00Sementara itu, Julahi memberi penjelasan kabel gentian optik yang terputus disebabkan oleh pihak ketiga menyebabkan gangguan internet berlaku di bahagian
00:08Samarahan
00:09hingga mengakibatkan kesukaran pengguna membeli minyak Petron menggunakan subsidi Budi 95.
00:16Selain itu, ia juga berpunca daripada aktiviti plan shutdown bagi memberi laluan pelaksanaan projek pembangunan di bahagian Samarahan.
00:23Berhubung gangguan yang menjejaskan urusan pembayaran subsidi Budi 95 di sebuah stesen minyak di Asajaya,
00:35semakan oleh pihak MCMC dan penyedia perkhidmatan mendapati primis stesen minyak berkenaan bergantung sepenuhnya kepada rangkaian mudah alih 4G mobile
00:524G sahaja.
00:53Kaedah ini adalah tidak menepati amalan terbaik, best practice, sehingga menjejaskan urusan peniagaan yang melibatkan transaksi pembelian minyak petrol bersubsidi
01:08Budi 95.
01:10Sebenarnya, amalan terbaik, best practice, mengesyorkan bahawa untuk transaksi atas talian yang kritikal seperti penggunaan Budi 95,
01:25perkhidmatan sewajarnya menggunakan rangkaian talian tetap fixed line yang menggunakan gentian optik contohnya unified harus berfungsi sebagai talian utama,
01:41manakala rangkaian mudah alih berfungsi sebagai sistem sandaran ataupun backup.
01:49Katanya ketika ini, semua menara telekomunikasi smart dan jendela fasa 1 telah siap dibina dan beroperasi dengan liputan internet berdasarkan
01:58kawasan berpenempatan sebanyak 94.5% di seluruh Sarawak.
02:03Bagi mencapai liputan internet yang lebih menyeluruh jelasnya, pembangunan telekomunikasi akan memasuki fasa seterusnya yang melibatkan penggunaan teknologi fit for
02:14purpose seperti menara monopole dan sistem satelit yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan setempat.
02:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended