Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Shell Malaysia akan menggandakan kapasiti terminal bahan apinya di Westports di sini kepada lebih 100 juta liter berbanding 50 juta liter ketika ini, sebagai langkah memperkukuh keselamatan bekalan tenaga negara.
Transcript
00:00Shell Malaysia akan mengandakan kapasiti terminal bahan api di Westport, Kelang kepada lebih 100 juta liter menjelang 2028 dalam usaha
00:09memperkukuh keselamatan bekalan tenaga negara dan memenuhi permintaan jangka panjang.
00:14Projek peluasan terminal milik Shell itu diumumkan pengarah urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur Syairan Huzani Husin selepas majlis
00:24pecah tanah yang disempurnakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari.
00:31Menurut beliau, terminal berkenaan kini mempunyai kapasiti 50 juta liter dan akan ditingkatkan kepada lebih 2 kali ganda bagi memperkukuh
00:41rantaian bekalan tenaga negara.
00:43Katanya keperluan tenaga semasa semakin mendesak selain mengambil kira perubahan landscape rantaian bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik dunia.
00:52Dalam pada itu, beliau turut berharap pihak berkuasa tempatan Selangor dapat mempercepatkan proses kelulusan permit supaya projek perkenaan dapat disiapkan
01:01lebih awal daripada jadual asal.
01:04Jelasnya, terminal itu menerima bekalan petrolium daripada kilang penapisan Shell di Port Dickson serta import dari pasaran serantau.
01:12Tambah beliau, peningkatan kapasiti simpanan membolehkan Shell, mengendalikan kapal lebih besar, sekaligus meningkatkan kecekapan operasi dan menjamin kestabilan bekalan tenaga
01:23negara untuk jangka panjang.
Comments

Recommended