Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyita 41 kenderaan mewah menerusi Ops Luxury selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans sah.
Transcript
00:00Sebenarnya 41 kenderaan mewah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
00:06Malaysia Ops Luxury yang dilaksanakan sejak Januari hingga pertengahan Mei ini.
00:11Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata operasi itu menyasarkan pemilik kenderaan mewah
00:18yang gagal mematuhi peraturan jalan raya meskipun memiliki kenderaan bernilai tinggi.
00:24Daripada jumlah itu katanya 11 kenderaan masih dalam tahanan manakala 30 kes lagi selesai selepas tindakan penguatkuasaan diambil.
00:33Menurutnya antara kesalahan utama yang dikesan adalah lesin kenderaan motor atau LKM,
00:39tamat tempoh serta kegagalan memiliki perlindungan insuransah.
00:43Beliau berkata terdapat kenderaan yang gagal melunaskan cukai jalan sehingga mencecah RM10,000.
00:48Antara kenderaan yang disita termasuk Bentley Continental Flying Spur, Rose Royals Ghost,
00:54Aston Martin V8 Vantage, Porsche Cayman, Mercedes-Benz AMG, BMW, Audi, Land Rover Defender dan Ford Mustang.
01:05Simakkan JPJ turut mendapati ada kenderaan yang LKM-nya telah tamat tempoh sejak 2018
01:11selain pemilik gagal memperbarui insurans masing-masing.
01:15Beliau menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa
01:20tanpa kompromi terhadap pemilik kenderaan yang ingkar mematuhi Undang-Undang Jalan Raya.
Comments

Recommended