Skip to playerSkip to main content
Seorang pekerja kedai emas popular mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan mencuri sebentuk cincin emas dan seutas rantai tangan emas milik majikannya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Muhammad Zuhairi Khasful Anuar, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780396/berita/semasa/pekerja-kedai-emas-popular-didakwa-curi-cincin-rantai-tangan-majikan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pekerja #KedaiEmas #Curi
Transcript
00:00Seorang pekerja kedai emas popular mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Seremban pada Isnin
00:07atas pertuduhan mencuri sebentuk cincin emas dan seutas rantai tangan emas milik majikannya.
00:13Tertuduh Muhammad Zuhairi Hasful Anwar, 29 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Magistrat Nurul Sakinah Rosli
00:20selepas pertuduhan dibacakan.
00:22Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai penolong kanan jualan di sebuah kedai emas
00:28didakwa mencuri sebentuk cincin emas dan seutas rantai tangan emas milik kedai emas
00:33dengan nilai keseluruhan RM8,154.80.
00:39Perbuatan tersebut dilakukan pada 9 April 2026 dan 7 Mei 2026 di Kedai Emas Berkenaan, Cawangan Nilai.
00:48Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
00:55Sabit kesalahan boleh dipenjarakan hingga tujuh tahun dan dengan denda.
01:00Timbalan pendakwa raya Hanis Anisha Jamiluddin tidak menawarkan jaminan.
01:05Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Iwana Sakinah Muhammad Lajis
01:09memohon jaminan yang rendah dan munasabah
01:12serta memaklumkan tertuduh akan dijamin oleh ibunya yang merupakan suri rumah.
01:17Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin
01:21dan sebutan semula kes untuk laporan forensik kamera litah tertutup CCTV pada 23 Jun depan.
01:28Terima kasih kerana menonton!
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended