00:00Australia mengambil langkah tegas melindungi kepentingan strategik negara apabila Menteri Perbendaraan Jim Chalmers mengarahkan enam pemegang saham untuk melupuskan pegangan
00:10mereka dalam syarikat pelombongan nadir bumi.
00:13Arahan itu dikeluarkan sesudah kebimbangan bahawa pihak berkaitan China cuba mengambil alih kawalan terhadap syarikat berkenaan.
00:22Projek itu memberi tumpuan kepada pengeluaran nadir bumi berat iaitu bahan kritikal yang digunakan dalam industri semiconductor dan pertahanan.
00:30Chalmers dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Australia mempunyai rangka kerja pelaburan asing yang ketat dan tidak diskriminasi namun tidak akan
00:37teragak-agak untuk bertindak demi melindungi kepentingan nasional.
00:41Bagaimanapun, sebahagian pegangan itu kemudiannya dipindahkan kepada pelabur berkaitan di Hong Kong yang turut dikenakan sekatan sementara termasuk larangan mengundi
00:50dalam mesyuarat agung tahunan syarikat.
00:52Langkah terbaru ini menandakan peningkatan penelitian Australia terhadap pelaburan asing dalam sektor mineral kritikal ketika persaingan global terhadap sumber nadir
01:01bumi semakin sengit.
01:02Terima kasih.
01:04Terima kasih.
Comments