00:00Seorang bekas wartawan berkongsi bagaimana kesilapan memilih perkataan telah menyebabkan dua kru berita Malaysia ditahan oleh pegawai immigration United Kingdom di lapangan terbang Heathrow.
00:13Dalam bukunya Surviving the Newsroom, Ashraf Abdullah berceritakan pengalamannya apabila seorang juru kamera TV3 ketika ditanya tujuan kedatangan dengan yakin menjawab kepada pegawai immigration,
00:26I'm here to shoot the Prime Minister.
00:28Jawapan itu mencetuskan kekecohan.
00:32Seorang wartawan lain dirakam CCTV cuba menahan rakan sekerjanya daripada terus bercakap.
00:39Kedua-duanya ditahan dan melalui berjam-jam sesi soal siasat, terjemahan serta usaha damage control sebelum akhirnya dibebaskan.
00:48Ashraf berkata juru kamera berkenaan kemudian diberi amaran keras supaya tidak lagi menggunakan perkataan shoot dan Prime Minister,
00:57terutamanya di lapangan terbang atau dalam pesawat.
01:00Dalam satu kisah lain, Ashraf turut mengimbas pengalaman seorang wartawan peminat muzik rock Tamil secara tidak sengaja memainkan lagu ketika sidang akbar selepas memasukkan keset pribadinya dan menekan butang yang salah pada alat berakam.
01:19Dentuman muzik rock Tamil itu mengejutkan menteri besar serta pengawal peribadinya lalu mencetuskan kekecohan di dalam pilik sidang media.
01:29Buku Surviving the Newsroom dijual pada harga RM34.90 dan boleh dibeli dengan menghubungi Ashraf di talian 019-2812-213.
Comments