00:00Najib Razak sekali lagi mencabar kredibiliti bekas pegawai 1MDB
00:05yang memberi keterangan terhadapnya sambil menegaskan bahawa
00:09mereka lah bukan beliau yang sepatutnya dipertanggungjawabkan
00:13atas barang salah urus dan penyelewengan dana syarikat tersebut.
00:18Dalam kenyataan ringkas dari kandang tertuduh bekas Perdana Menteri itu berkata
00:23beliau dijadikan sasaran secara tidak adil dalam kes tersebut.
00:28Najib menamakan bekas CEO 1MDB Syahrul Azral Ibrahim Halmi dan Hazim Abdul Rahman
00:36bekas penasihat undang-undang Jasmin Loh serta bekas ketua pegawai kewangan Azmi Tahir
00:42sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam skandal berkenaan.
00:47Beliau turut mendakwa bekas pegawai khas Amhari Effendi Nazaruddin
00:51sebagai individu yang terlibat dalam urusan kewangan yang membawa kepada kejatuhan dana berdaulat itu.
00:59Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap 25 pertuduhan salah guna kuasa
01:05dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.
01:09Hari ini, Najib sekali lagi mencabar pertuduhan tersebut
01:14mendakwa ia mengelirukan serta menuntut keadilan dan layanan sama rata
01:19seperti mana-mana tertuduh lain di mahkamah.
01:22Zahra alam ya, Shahir, FMT
Comments