Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Inisiatif ini mengambil kira kepentingan perkhidmatan awam serta keperluan mendesak terhadap kemudahan kecemasan.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan atau KKM kini dalam proses menerima 91 unit Ambulance Type B melalui kaedah perolehan luar kontrak selaras dengan kelulusan khas Kementerian Kewangan.
00:13Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukan Yusman Awang Sauni berkata, inisiatif itu mengambil kira kepentingan perkhidmatan awam serta keperluan mendesak terhadap kemudahan kecemasan.
00:24Tambah beliau, Ambulance Perkenaan akan diagihkan secara berperingkat kepada fasiliti kesihatan di seluruh negara.
00:32Berdasarkan rekod semasa, sebanyak 1,773 atau 89.8% daripada keseluruhan 1,975 Ambulance KKM telah berusia lebih 6 tahun.
00:46Sehubungan itu, perolehan Ambulance Baru sentiasa dilaksanakan bagi menggantikan kenderaan yang dilupuskan dan mengurangkan beban ekonomi untuk proses pembaikan.
00:58Jelas Lukan Yusman, pada 31 Julai 2025, Kementerian Kesihatan telah memulakan proses perolehan Ambulance Baru dengan anggaran sejumlah 925 unit Ambulance jenis B.
01:10Selain itu, bagi memastikan pembekala Ambulance dapat dilaksanakan mengikut jadual, Kementerian menetapkan perolehan dibuat mengikut 6 zon, iaitu Sabah, Labuan, Sarawak, Tengah, Selatan, Utara dan Timur.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended