Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Sempena Hari Kebangsaan ke-68, Lee Chong Wei berkongsi kenangan zaman kanak-kanak dan menegaskan bahawa kejayaan Malaysia di pentas dunia berpunca daripada semangat perpaduan rakyat.
Transcript
00:00Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei menifatkan kekuatan sebenar Malaysia terletak pada semangat perpaduan yang menjadi asas kejayaan di pentas dunia.
00:12Menerusi hantaran di laman Facebook beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada Ahad, Chong Wei berkongsi kenangan awal ketika mula bermain badminton di gelanggang kampung yang sederhana sebelum bergelar wira negara.
00:26Katanya semasa kecil, gelanggang pertama beliau bukanlah di Dewan, namun hanya gelanggang kampung.
00:35Pada ketika itu, beliau dan rakan-rakan tidak pernah peduli siapa Melayu, China, India, Iban, Melanau atau lain-lain.
00:44Ujarnya yang difikirkan cuma siapa mampu smash lebih kuat, siapa lari lebih laju dan siapa yang pertama dapat minuman limau ais lepas bermain.
00:53Pemenang tiga pingat-pingat sukan Olimpik itu berkata, pengalaman lepas mengajarnya bahawa hormat, kerjasama dan persahabatan bukan ditentukan oleh warna kulit, sebaliknya lahir daripada keikhlasan hati.
01:07Pada masa sama, Chong Wei berkata, setiap kali melangkah kepentas dunia sepanjang karrianya, beliau bukan hanya membawa nama sendiri, tetapi Malaysia dan kekuatan itu datang daripada perpaduan jutaan rakyat di tanah air.
01:21Subungan itu, beliau menegaskan kekuatan sebenar Malaysia tidak terletak pada perbezaan, sebaliknya pada kemampuan untuk berdiri bersama sebagai satu bangsa.
Comments

Recommended