Skip to playerSkip to main content
Patutlah viral, memang sedap rupanya Banana Pudding ni. Gabungan rasa krim, pisang dan biskut yang cair dalam mulut.

BANANA PUDDING

Bahan-bahan A:

3 biji kuning telur gred A
1 tin susu cair
½ cawan air
½ cawan gula
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard | bancuh bersama dengan sedikit air sejuk

Bahan-bahan B:

300gm mascarpone cheese
20gm gula
650ml whipping cream
Biskut telur
Pisang berangan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #bananapudding #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
___________________________

Jom meriahkan RASA Layan Curry Fiesta di Festival Budaya Malaysia, Laman Cita Rasa Warisan, Taman Tasik Titiwangsa, KL pada 12 hingga 16 September 2025, jam 9 pagi hingga 11 malam. Makan FREE Kari dan Roti Jala #rasalayancurryfiesta2025
Transcript
00:00Sedap juga rupanya banana pudding ni. Jom kita buat dessert yang creamy dan enak ni.
00:05Mula-mula kita masukkan air, pula, telur, susu cair dan kacau hingga sebati.
00:13Bila dah agak sebati, boleh masukkan tepung kastad yang telah dibancur dengan air dan juga esen vanila.
00:19Masak perlahan hingga pekat berkrim. Bila dah mendidih, boleh tutup api dan biarkan sejuk.
00:25Lepas tu kita boleh simpan dalam peti dalam lebih kurang 5 hingga 6 jam.
00:29Selepas 5 jam, keluarkan kastad tadi. Masukkan mascarpone cheese dan gula.
00:36Kacau sebati kemudian gunakan mixer untuk sebatikan adunan kita.
00:43Tambahkan whipping cream dan pekuk perlahan. Kemudian naikkan speed hingga adunan kembang dan berjaluk.
00:49Itu tanda cream kita dah stabil. Kemudian susunlah ke dalam bekas. Saya guna bekas kecil macam ni je. Senang nak makan nanti.
00:56Masukkan krim. Letakkan biskut telur dan pisang. Kemudian layarkan dengan krim dan letakkan juga biskut telur dan pisang. Ulang proses hingga bekas penuh.
01:07Taburkan kukis kram di atasnya dan banana puding sedia untuk dihidangkan. Nak lagi sedap, biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
01:16Dah siap banana puding kita. Sejuk, lembut dan cair di dalam mulut. Jangan lupa cuba. Ingat makan, ingat rasa.
01:22Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended