Skip to playerSkip to main content
Sweet Sour Crispy Beef ni kalau makan dengan nasi panas, perghhh tak cukup sepinggan! 😍 Daging yang rangup dengan sos masam manis seimbang, macam makan kat restoran Cina Muslim! 🥢

SWEET SOUR CRISPY BEEF

Bahan-bahan:

Daging bahagian lembut
3 sudu sos tiram
1 biji telur
Tepung jagung
1 biji lada benggala merah
1 biji bawang holland
5-8 tangkai cili kering
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
½ sudu gula
1 sudu cuka makan
2 sudu sos tiram

📌 Tip rangup: Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #sweetsourcrispybeef #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Resipi Sweet Sour Crispy Beef yang enak. Sekali cuba pasti jatuh cinta.
00:04Mula-mula, kita perap daging yang telah kita hiris nipis dengan sos tiram dan telur.
00:09Gawal sebati dan perap dalam 5 minit. Daging ni saya guna bahagian top side.
00:13Seterusnya, salutkan daging dengan tepung jagung.
00:16Nilah rahsia daging kita rangup, goreng dalam minyak yang panas hingga garing keperangan.
00:20Jangan lupa terbalik-terbalikkan daging tu supaya masak sekata.
00:23Bila dah masak, angkat dan tuskan.
00:25Kemudian, di dalam kuali lain, kita tumis bawang holland, lada benggala dan cili kering hingga sedikit layu.
00:32Jangan tumis sampai layu sebab kita tak nak kita punya lada benggala tu jadi lembik.
00:36Untuk sos, kita campurkan sos cili, sos tomato, sos tiram, cukur makan dan gula.
00:42Gaul rata. Inilah kombinasi klasik masak manis yang membuka selera.
00:46Next, kita masukkan sos tadi. Tambahkan sedikit air dan masak hingga pekat.
00:50Akhir sekali, masukkan daging rangup kita tadi.
00:54Gaul sebati dan pastikan daging bersalut rata dengan sos.
01:00Dah siap sweet sour crispy beef kita hidangan yang rangup dengan sos masak manis yang seimbang.
01:05Wajib cuba di rumah. Selamat mencuba.
01:07Ingat makan, ingat rasa.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended