00:00Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis susulan satu hantaran video di TikTok mengandungi maklumat palsu berkaitan istiadat perkahwinan deraja Perak di Istana Iskandariah, Kulakangsar yang kononnya akan berlangsung pada 7 Ogos ini.
00:15Datuk pengelola bijaya deraja kepada Sultan Perak, Mio Hezbollah, Mio An-Malik dalam hantaran berkata, laporan polis tersebut telah dibuat pada 31 Julai lalu.
00:24Mio Hezbollah turut menegaskan tiada sebarang majlis persandingan diraja dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kulakangsar 7 Ogos dan tiada sebarang liputan secara langsung majlis akad nikah untuk tontonan umum seperti dilaporkan dalam video tersebut.
00:39Pejabat duli yang mahamulia juga tidak mengenali dan tidak ada sebarang hubungan dengan pemilik akaun TikTok tersebut serta tidak melantik mana-mana pihak atau pemilik akaun media sosial sebagai jurucakap Istana Perak bagi sebarang majlis di Istana Perak termasuk majlis perkahwinan diraja.
00:55Pejabat menegaskan bahawa kandungan laporan akaun TikTok berkaitan sama sekali tidak benar dan dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
01:03Sebelum ini, terdapat satu hantaran video telah dikenalpasti di aplikasi media sosial TikTok melalui pemilik akaun yang menggunakan nama The King berkaitan istiadat perkahwinan diraja Perak di Istana Iskandariah, Kulakangsar, Perak.
01:15Video berdurasi 58 saat itu dimuat naik dengan menyatakan terdapat majlis persandingan diraja akan berlangsung di Istana Iskandariah Bukit Candan, Kulakangsar pada 7 Ogos hingga 17 Ogos ini dan akan disiarkan secara live di Astro pada 7 Ogos jam 11.30 pagi.
01:30Menurut video itu juga, terdapat majlis akad nikah dan berbedak untuk dipersembahkan kepada umum untuk rakyat negeri Perak serta menyatakan pasangan diraja akan ketamparuli Sabah selama seminggu untuk urusan perkahwinan berkenaan pada 17 Ogos.
01:44Sementara itu, Mayor Hezbollah berkata perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu hendaklah dihentikan bagi mengelak kekeliruan dan salah faham anggota masyarakat di samping melindungi nama baik Istana Perak.
Comments