Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail yang sedang menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat, dilaporkan semakin cantik dan sihat.
Transcript
00:00Penyanyi Beso Babe, Ida Ezrin, atau nama sebenarnya Wanur Syahida Azlin Wan Ismail yang sedang menjalani tahanan di penjara Pusat Naratiwat, dilaporkan semakin cantik dan sihat.
00:14Perkara tersebut disahkan oleh Komanda Penjara Pusat Naratiwat, Surin Chantab, memetik laporan portal berita apakabartv.com.
00:22Surin berkata penyanyi itu berada dalam kearaan sehat dan tidak lagi mengalami kemurungan seperti ketika awal dimasukkan ke penjara berkenaan.
00:33Katanya Ida Ezrin dan rakan-rakannya yang ditempatkan di Zon 8 iaitu Blok Penjara Wanita mengikuti aktiviti harian seperti biasa.
00:41Jelas Surin, Ida Ezrin sehat dan tidak stres dengan penjara memberi layanan sama rata kepada semua.
00:47Sementara itu, seorang pegawai yang menjaga banduan wanita di penjara itu turut memaklumkan bahawa Ida Ezrin tidak mengalami sebarang masalah, malah semakin cantik dan berisi.
00:58Nasib Ida Ezrin bersama suami dan empat rakan masih belum menemui titik noktah apabila penahanan mereka di Thailand boleh disambung tanpa had masa meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.
01:10Proses lanjutan penahanan tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended