Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata situasi itu mencerminkan beban kewangan yang semakin besar kepada negara selain memberi kesan mendalam kepada kehidupan pesakit.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik CKD tahap akhir di Malaysia meningkat mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini
00:09berbanding RM572 juta pada 2010, susulan pertambahan kes saban tahun.
00:16Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata beban ini bukan sekadar meragut kualiti hidup pesakit tetapi turut menjadi tekanan
00:24kewangan yang besar kepada negara.
00:28Menurut beliau secara purata, 28 rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang setiap hari dan terpaksa memulakan rawatan dialesis untuk
00:37terus hidup.
00:38Jelasnya lebih 5 juta rakyat Malaysia kini hidup dengan CKD namun hanya 5% yang menyedarinya dan lebih 106,000
00:47rakyat Malaysia dijangka memerlukan rawatan dialesis menjelang 2040 jika gagal bertindak dari sekarang.
00:53Tanpa beliau, faktor utama kegagalan buah pinggang adalah komplikasi penyakit diabetes mellitus dan pesakit tidak boleh bergantung pada dialesis semata
01:02-mata tanpa menangani akarnya.
01:04Rentetan itu Dr. Zulkifli berkata, kerajaan telah menaikkan kadar cukai minuman bergula daripada 90 sen seliter bermula 1 Januari lalu
01:13sebagai antara langkah mengekang punca utama penyakit berkenaan.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended