Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Pihak stesen minyak terbabit sudah diberikan amaran keras supaya meningkatkan pemantauan operasi serta memastikan pematuhan penuh terhadap peraturan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, stesen minyak tidak dilengkapi sistem pengesan isi padu otomatik atau ciri otomatik cut off ketika bekalan habis menjadi
00:09punca meter terus merekodkan bayaran walaupun minyak diesel tidak keluar dari nozzle.
00:14Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup, Datuk Fuziah Saleh berkata perkara itu hasil siasatan pihaknya susulan tular
00:21satu video di media sosial.
00:26Tambah Fuziah, siasatan KPDN juga mendapati stesen minyak terbabit bergantung kepada keadaan pemeriksaan manual atau manual diping untuk menentukan isi
00:34padu stok bahan api dalam tangki bawah tanah.
00:37Difahamkan kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Segambut, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
00:43Dalam kejadian itu, semakan mendapati jumlah sebenar diesel yang diisi pelanggan terbabit adalah sebanyak RM232.07.
00:50Malah pihak stesen minyak juga telah memulangkan semula bayaran penuh kepada pelanggan berkenaan yang bersetuju dengan keadaan penyelesaian tersebut.
00:59Tambah KPDN, pemeriksaan teknikal juga mendapati semua paminyak di premis itu masih dalam tempoh tentu sah yang sah.
01:06Manakala ujian sukat isi padu cecair SIC 20 liter menunjukkan pecahan berada dalam had dibenarkan.
01:13Selain itu, semakan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 mendapati lesen CSA dan PDA stesen berkenaan adalah sah dan
01:23masih berkuat kuasa.
01:25Pihak stesen minyak terbabit telah diberi amaran keras supaya meningkatkan pemantauan operasi serta memastikan pematuhan penuh terhadap peraturan.
01:32Tegas KPDN, kejadian ini adalah bersifat terpencil dan tidak mencerminkan keadaan keseluruhan sistem bekalan bahan api negara yang kekal stabil
01:42dan terkawal.
01:44Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended