Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Murid SK Balaban Jaya terpaksa belajar sementara di masjid dan dewan selepas bangunan sekolah disahkan tidak selamat. Kerajaan negeri dan jabatan berkaitan sedang mencari penyelesaian segera demi keselamatan dan keselesaan murid serta guru.
Transcript
00:00Keadaan asal sekolah yang rosak teruk sehingga tidak lagi selamat jadi punca murid sekolah kebangsaan SK Balabanjaya dipindahkan buat sementara
00:10kebangunan masjid dan dewan.
00:12Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jamri berkata, tindakan itu dilakukan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan.
00:21Pada masa sama, kerajaan giat mencari penyelesaian bagi memastikan isu itu diatasi segera.
00:27Kerajaan ini akan diambil tindakan sama ada di Kementerian Pendidikan Sains dan Inovasi Negeri Sabah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri
00:42Sabah juga
00:42yang sememangnya telah pun turun ke lepangan melihat sendiri tentang masalah ini dan sudah pasti ini akan ada kita sedang
00:53mencari jalan penyelesaiannya
00:55dan mudah-mudahan dalam masa yang terdekat ini kita akan dapat mencari jalan memindahkan mereka daripada keadaan sekarang ini
01:04di tempat yang lebih sesuai dan lebih memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar dan juga guru-guru yang mengajar di sekolah
01:13SK Balaban itu.
01:14Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Labu itu berkata, hasil penilaian pihak Jabatan Kerajaan yang berkaitan
01:23mengesahkan bangunan sekolah tersebut tidak sesuai untuk meneruskan aktiviti persekolahan harian.
01:30Sehubungan itu, pihak berkenaan perlu mengenalpasti tempat yang lebih baik untuk menempatkan murid sepanjang tempoh menunggu pembinaan.
01:38Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang atau APC
01:45dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Daerah Buluran tahun 2026.
Comments

Recommended