Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Inisiatif Kebun Dapur di Sabah bakal diperkasa dengan pelancaran aplikasi digital khusus yang akan memudahkan urusan pemasaran hasil pertanian dan ternakan.
Transcript
00:00Inisiatif Kebun Dapur di Sabah bakal diperkasa dengan pelancaran aplikasi digital khusus yang akan memudahkan urusan pemasaran hasil pertanian dan
00:09ternakan.
00:10Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata aplikasi dikenali sebagai Kebun Dapur App itu
00:18dijangka dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur dalam tempoh sebulan lagi bagi memperkukuh ekosistem pengeluaran makanan di peringkat komuniti.
00:30Menurutnya pembangunan aplikasi itu bertujuan membolehkan pengguna mengetahui bekalan semasa hasil pertanian dan ternakan di seluruh negeri hanya melalui telefon
00:39pintar.
00:40Beliau berkata demikian ketika ditemui sepas merasmikan kursus ternakan ayam penelur di Kampung Karambunai Baru dalam kawasan Dewan Undangan Negeri
00:48Don Pantai Dalit hari ini.
00:50Aplikasi itu juga akan menghubungkan pengeluar dengan pembeli secara terus sekaligus membantu merancang permintaan dan penawaran dalam tempoh tertentu.
00:58Pendekatan itu bukan sahaja meningkatkan kecekapan rantaian bekalan malah mengurangkan pembaziran hasil pertanian.
01:05Selain itu, Jamawi menegaskan aplikasi tersebut berperanan mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah yang selama ini menjedaskan pendapatan petani.
01:15Mengulas lanjut, Jamawi berkata, inisiatif kebun dapur yang sedang digerakkan kerajaan negeri turut memberi fokus kepada pengeluaran makanan secara sara
01:23diri di peringkat isi rumah.
Comments

Recommended