00:00Kementerian Belia dan Sukan KBS akan berbincang dengan agensi berkaitan berhubung penyiaran Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung dari 11
00:09Jun hingga 19 Julai ini.
00:11Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata, kehangatan edisi kali ini semakin dirasai sehingga wujud desakan agar kejohanan
00:20berprestij itu turut disiakan secara langsung menerusi stesen penyiar tempatan.
00:27Jelas beliau hak penyiaran adalah antara pihak penyiaran, kementerian yang berkaitan dan juga FIFA dan sudah tentu ia melibatkan kos.
00:35Menurutnya kos sebenarnya tidak terlibat dengan proses perbincangan antara syarikat penyiaran dan kementerian berkaitan berhubung hak penyiaran tersebut.
00:44Beliau bagaimanapun berkata pihaknya mengambil maklum desakan dan pandangan daripada masyarakat supaya ada penyiaran Piala Dunia FIFA di negara ini.
00:51Dr. Mohd Taufik berkata, walaupun pelbagai pihak berharap agar Piala Dunia FIFA kali ini dapat disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan,
00:59implikasi kewangan juga perlu diambil kira.
01:02Media sebelum ini melaporkan ketika sepak mula hanya berbaki kira-kira dua bulan, hak penyiaran Piala Dunia 2026 yang berlangsung
01:09di tiga negara di Amerika Utara masih belum terjual di Malaysia.
Comments