Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Tiga projek bernilai lebih RM1 juta dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Tawau bagi menambah baik kemudahan, termasuk dewan terbuka, parkir dan bekalan air, demi keselesaan kira-kira 1,000 pelajar.
Transcript
00:00Tiga projek pembangunan bernilai lebih RM1 juta dilaksanakan di Kolej Tingkatan 6 Pra-Universiti Tawau bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan
00:11seribu pelajar di institusi itu.
00:13Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui berkata projek terbabit meliputi pembinaan dewan terbuka, penambahan tempat letak kereta serta pembangunan
00:22pump house bagi menambah baik bekalan air di Kolej berkenaan.
00:29Menurut Lo, pelaksanaan projek itu adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Parlimen Tawau, Kerajaan Negeri Sabah serta sumbangan sektor
00:38swasta.
00:39Ini adalah usaha-usaha daripada pihak ini Kolej yang diketahui daripada pengetua dan juga YDB, PIBG kerana mereka yang memaklumkan
00:50kepada saya masalah-masalah yang mereka hadapi di Kolej ini dan juga mereka memberikan cadangan demi penyelesaian.
00:58Jadi saya bersyukurlah kita dapat bekerjasama untuk menangani masalah yang dihadapi di Kolej ini.
01:04Lo berkata pendekatan kolaboratif antara pihak sekolah, wakil rakyat dan komuniti penting bagi memastikan segala kekangan dapat ditangani secara berkesan.
01:14Ujarnya, usaha berterusan itu diharap mampu meningkatkan persekitaran pembelajaran yang kondusif sekaligus melahirkan pelajar berkualiti dan berdaya saing.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended