00:00Langkah mewajibkan syarikat farmaceutical melaporkan kemungkinan kekurangan bekalan ubat sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal berkuatkuasa 1 Julai ini
00:09disifatkan sebagai proaktif serta mampu memperkukuh jaminan bekalan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.
00:17Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Prof. Amrahi Buang berkata,
00:21Inisiatif itu bagaimanapun perlu disokong dasar menyeluruh termasuk pewujudan stok penimbal dan pengukuhan keupayaan pengeluaran tempatan.
00:31Beliau berkata isu keterjaminan bekalan ubat perlu diberi perhatian serius dengan mengambil iktibar daripada pengalaman pandemik COVID-19 apabila bekalan
00:40ubat asas seperti parasitamol mengalami kekurangan ketara.
00:44Amrahi yang juga ahli Lembaga Penasihat Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia UKM berkata,
00:50dalam situasi krisis semua pihak termasuk majlis tindakan ekonomi negara M10 perlu bertindak secara bersepadu selain maklumat terkini penting bagi
01:02memastikan bekalan ubat mencukupi.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments