00:00Ini laporan yang baru kami terima. Anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSEM meredahkan ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku ke-2 2025, sedikit meningkat berbanding 4.4% pada suku pertama tahun ini.
00:14Ketua Perangkauan Datuk Seri Dr. Mohd Uzeh Mahidin berkata, pertumbuhan ini sokong oleh permintaan domestik stabil di sebalik tekanan global yang kekal mencabar.
00:23Katanya, peningkatan perbelanjaan isi rumah dipacu oleh pelaksanaan program bantuan tunai seperti sumbangan asas rahmah dan sumbangan tunai rahmah, pelarasan gaji sektor awam serta perbelanjaan bermusim semasa perayaan utama.
00:38Sektor perimatan kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan dengan peningkatan 5.3%, terutamanya melalui subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan serta perimatan perniagaan.
00:50Sektor pembinaan pula terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pertumbuhan 2 dijit 11%, walaupun sedikit merosot berbanding 14.2% pada suku sebelumnya.
01:02Lonjakan ini disokong oleh pembinaan bangunan bukan kediaman dan aktiviti pertukangan khas.
01:08Sektor pembuatan pula mencatatkan pertumbuhan sederhana 3.8% didorong oleh subsektor elektrik, elektronik dan makanan terproses.
01:16Sementara itu, sektor pertanian menunjukkan peningkatan ketara kepada 2% hasil pengeluaran kelapa sawit yang lebih baik.
01:24Manakala sektor perlombongan dan pengkuarian terus mengalami penyusutan kepada 7.4% berbanding 2.7% sebelum ini.
01:33Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi bagi separuh pertama 2025 dianggarkan sederhana pada kadar 4.4%.
01:40Keluaran dalam negeri kasar KDNK preliminari suku kedua yang akan memberikan data penuh prestasi ekonomi dijadualkan terbit pada 15 Ogos 2025.
Comments