00:00Seorang lelaki mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang pelancong wanita warga Australia di Mahkamah Session di Georgetown pada Jumaat.
00:10Tertuduh S. Prasan, 25 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim, Juraidah Abbas, selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
00:20Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita warga Australia dan pada masa telah meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah gunting besi kepadanya.
00:34Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376-2-B Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
00:52Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi iaitu meliwat mangsa.
01:00Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377-C Kanun Keseksaan.
01:07Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
01:16Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kereta di kawasan perkuburan Cina Hongseng, Estet Mount Reskin, antara jam 5.20 hingga pukul 6 pagi pada 28 Jun lalu.
01:27Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan kes ditangguh sehingga 31 Julai untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
Comments