Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu dibuat susulan kebimbangan ibu bapa terhadap trend yang melibatkan perbelanjaan wang oleh anak-anak untuk membeli "gift" atau hadiah ketika menyertai PK battle di platform tersebut.
00:00Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC akan memanggil pihak pengurusan TikTok bagi memberikan penjelasan segera berhubung isu PK Battle atau Personal Knockout Battle.
00:14Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata langkah itu dibuat susulan kebimbangan ibu bapa terhadap tren yang melibatkan perbelanjaan wang oleh anak-anak untuk membeli gift atau hadiah ketika menyertai PK Battle di platform tersebut.
00:30Dan memandangkan TikTok telah dilisinkan maka mereka perlu tampil untuk memberi penjelasan dan menyatakan apa langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
00:43Itu antara sebab kenapa pihak kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa anak-anak bawah 13 tahun tidak boleh memiliki account TikTok, Instagram dan mana-mana media sosial yang lain
00:59kerana tidak mustahil, mudah untuk mereka mengikuti dan lebih kurang mengikuti tren-tren seperti PK Battle tanpa mereka benar-benar memahami kesan kepada diri mereka.
01:15Sementara itu, Fahmi menjelaskan sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 September ini akan diadakan di pusat konvensyen PICCA Batuworth, Pulau Pinang.
01:27Fahmi berkata pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah dibuat susulan keputusan Kabinet pada April lalu yang menetapkan negeri-negeri di Semenanjung
01:36turut diberi peluang menganjurkan acara itu bukan terhad kepada Sabah dan Sarawak sahaja.
01:41Selain itu, mengulas mengenai jawatan kuasa tetap Majlis Media Malaysia MMM, Fahmi menjangkakan pembentukan jawatan kuasa itu akan dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas penubuhannya 14 Jun lalu.
01:55Katanya pembentukan itu perlu perancangan rapi dan mengambil masa, terutama membabitkan aspek kewangan, penyaluran dana serta pentadbiran.
Be the first to comment