Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Arahan diraja oleh Raja Salman memperkukuh perpaduan umat Islam melalui Program Tetamu Haji, melibatkan 1,300 jemaah dari 100 negara dengan sokongan penuh Kerajaan Arab Saudi.
Transcript
00:00Penjaga 2 Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud telah mengeluarkan arahan di Raja untuk mengundang 1,300 jemaah lelaki dan wanita dari 100 negara untuk menunaikan haji tahun ini.
00:12Nisaati tersebut dilaksanakan di bawah program Tetamu Penjaga 2 Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah yang dikenalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.
00:30Program itu bertujuan memperkukuh ikatan kerohanian dan budaya dalam kelangan umat Islam di seluruh dunia.
00:35Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Syih Dr. Abdul Latif Al Al-Sheikh yang menyelia pelaksanaan program itu merakamkan bahagiaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad bin Salman atas sokongan berterusan mereka.
00:48Beliau menyifatkan arahan tersebut sebagai manifestasi komitmen mendalam Arab Saudi dalam berkhidmat kepada dunia Islam dan peranannya yang terkemuka dalam hal ehwal keagamaan.
00:56Al Al-Sheikh menambah program itu turut memperkukuh hubungan dengan pemimpin agama dan pemikir Islam dari pelbagai negara serta menggalakkan dialog dan persefahaman budaya.
01:06Beliau turut menekankan bahawa inisiatif itu menyokong usaha kerajaan Arab Saudi untuk memperdalam kesatuan Islam dan selaras dengan matlamat kemanusiaan VC Arab Saudi 2030.
01:15Subungan itu, Kementerian telah menggerakkan semua sumber bagi memastikan pengalaman yang lancar dan berkualiti tinggi untuk para tetamu haji.
01:22Para jemaah akan mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan penting dalam Islam di Mekah dan Madinah serta berpeluang bertemu para ulama dan imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
01:33Sejak dimulakan hari 1996, program itu telah menerima kira-kira 65,000 jemaah dari 140 negara.
01:39Para tetamu menerima sokongan penuh termasuk bimbingan agama, logistik, perkhidmatan kesihatan dan kebudayaan bermula daripada proses pencalonan sehingga pulang ke negara masing-masing selepas haji.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended