Ikuti kupasan Kabeer Aziz berkenaan daftar pemilih PRN Sarawak 2026 sehingga Oktober 2026.

#PRNSarawak #SarawakMemilih
Transcript
00:00Biasanya kita perlu memahami untuk Sarawak ini ya, 82 kerusi dipertandingkan tetapi jumlah pengundi itu juga memainkan peranan yang sangat
00:11besar.
00:12Apa kata kita serahkan kepada Kabir lah untuk persembahkan kepada kita statistik-statistik ini. Kabir.
00:19Terima kasih Syazwani dan juga Ikuan. Kita nak mengenali Sarawak Sempena Perayaan Demokrasi.
00:24Sarawak memilih 2026 untuk PRN yang ke-13. Saya akan pentangkan sedikit data mengenai daftar pemilih pengundi-pengundi di Sarawak.
00:33Kita lihat pada tahun 2026 ini pengundi biasa melibatkan 2 juta orang. Kalau kita boleh lihat di sini 2 juta
00:3934 ribu dan melibatkan tentera adalah 13 ribu orang dan juga polis 10 ribu orang.
00:46Menarik ya kalau kita tengok sebenarnya waktu PRN yang lepas 2021 pengundi waktu itu hanyalah lebih kurang 1 juta orang
00:54dan dah 5 tahun lepas itu dah meningkat dengan 2 juta orang.
00:57Jadi maksudnya kadar kelahiran di Sarawak semakin tinggi dan pengundi pun makin bertambah, orang makin berusia.
01:03Kalau kita tengok pecahan jantina dia, lelaki dan wanita lebih kurang sama. Lelaki 1 juta 32, wanita 1 juta 26.
01:10Jadi pembahagian di antara jantina itu agak sama. Jadi mungkin persaingan di sini agak adil.
01:15Dan kalau kita lihat dari statistik umur, kita lihat sejak adanya undi 18, saya rasa dia punya pecahan dari segi
01:24pengundi muda itu dah memakan lebih kurang separuh daripada keseluruhan pengundi-pengundi yang berada di Sarawak.
01:30Kalau kita lihat umur 18 hingga 20 tahun ada 126 ribu orang. Umur 21 hingga 29 ada 400 ribu.
01:38Sama juga dengan umur 30 hingga 39 ada juga 441 ribu.
01:42Dan kemudian umur yang 40 ke atas semua melibatkan 300 ribu orang. Sampailah umur 90 tahun pun ada 13 ribu
01:48orang.
01:48Jadi pengundi-pengundi muda di Sarawak juga saya rasa akan mainkan peranan penting kerana mereka melibatkan lebih kurang 50%
01:55pengundi-pengundi yang bakal berada di Sarawak.
01:58Tapi saya rasa yang menarik untuk kita sentuh kat sini, Wani dengan Ikuan.
02:01sebab ramai kata bila melibatkan undian di Sabah dan Sarawak orang akan bercakap tentang mereka yang berada di luar Sarawak
02:09dan Sabah.
02:09Orang kata diaspora bahasa dia.
02:11Ada kancian daripada Bersih Sarawak saya dah baca tadi.
02:15Katanya bila mengundi di Sarawak ini, ini pada tahun 2021.
02:20Sekurang-kurangnya ada 250 ribu orang diaspora Sarawak yang berada di sekitar semenanjung.
02:26Kalau waktu itu pengundi ada 1.7 juta orang, lebih kurang 250 ribu orang ada dekat kawasan semenanjung.
02:35Lebih kurang dalam 20% pengundi.
02:36Dan waktu itu kadar keluar mengundi pun adalah 60%, sekitar 60% macam itu.
02:43Jadi maksudnya daripada 1.7 juta orang itu mungkin dalam lebih kurang 400 ribu orang tidak keluar mengundi.
02:51Dan dalam kalangan itu mungkin dalam kalangan itu 250 ribu orang itu mungkin adalah diaspora yang tidak boleh balik mengundi.
02:59Kita tengok ada banyak alasan mereka mungkin ada asbab-asbab dan juga mungkin perkara-perkara yang mereka tak boleh elakkan.
03:05Seperti harga tiket yang mungkin mahal ataupun komitmen kerja yang perlu mereka hadiri.
03:11Dan juga mungkin ada juga mereka yang rasa tidak mampu untuk balik ke Sarawak untuk mengundi.
03:16Jadi ini adalah data yang menarik. Kita tak ada data khusus mungkin daripada 250 ribu orang itu mereka ni antara
03:25mereka yang tidak cukup duit atau mereka yang tidak mahu mengundi.
03:28Kerana mungkin responden ketika itu pun lebih kurang dalam 250 ribu orang yang mereka mengundi untuk bersih Sarawak itu sendiri.
03:36Dan kita nak fahamilah adakah kali ini diaspora-diaspora di Sarawak sebab kita dah tengok dah pengundi biasa dah meningkat
03:42kepada 2 juta.
03:43Jadi adakah mungkin diaspora makin ramai dan adakah mereka akan balik mengundi atau tidak.
03:47Mungkin itu satu angle menarik untuk dibincangkan bersama dengan panel-panel kita pada hari ini.
03:52Sebab penting untuk kita lihat mereka-mereka yang berada di luar Sarawak adakah mereka balik mengundi di Sarawak.
03:57Seterusnya kita mungkin nak lihat kepada demografi populasi orang di Sarawak.
04:02Ketika ini populasi di Sarawak melibatkan kawasan yang sangat besar.
04:07Sarawak lebih kurang 124 ribu kilometer besarnya Sarawak itu sendiri.
04:13Dan mereka ada 2.5 juta populasi setakat tahun 2026.
04:17Dan unjuran ataupun pertumbuhan populasi mereka adalah 0.4%.
04:22Meningkat dengan ramai sangat.
04:24Kalau kita tengok macam saya cakap tadi pengundi pada 2021 lebih kurang 1.7 juta orang.
04:29Kali ini pengundi dah naik pada 2 juta orang.
04:31Kemudian kita tengok kepada status umur tadi kita dah sentuh sedikit.
04:34Ini adalah untuk demografi mereka rakyat biasa di Sarawak.
04:38Ini bukan nombor-nombor pengundi.
04:39Pengundi kita dah sentuh pada slide pertama tadi.
04:42Dan umur median mereka yang berada di Sarawak adalah sekitar umur 33 tahun.
04:47Jadi keramaian orang di Sarawak mungkin mereka-mereka yang bekerja.
04:50Mereka-mereka yang sudah berumah tangga.
04:52Dan inilah mungkin demografi pengundi yang perlu mereka lihat.
04:55Calon-calon ini lihat untuk pastikan segala manifesto mereka.
05:00Kempen mereka tertumpu kepada mereka-mereka ini.
05:04Mungkin saya nak sentuh sedikit tentang demografi negeri Sarawak ini sebab bila cakap tentang mengundi di Sarawak ada yang juga
05:10menyentuh tentang sentimen kaum-kaum Dayak di Sarawak.
05:13Kerana mereka juga melibatkan 1% yang besar.
05:16Mereka yang berada dalam kaum Iban meliputi lebih kurang 29% yang berada di Sarawak.
05:22Kemudian diikuti dengan orang-orang kaum Cina dan barulah ada orang Melayu dan juga yang lain-lain sekali.
05:27Jadi mereka inilah mungkin yang akan memberi sumbangan atau pengaruh paling besar dalam pengundian di Sarawak.
05:32Sebab di sekitar 82 dun di Sarawak ini mungkin dalam lebih kurang 24 dun dikuasai besar oleh mereka-mereka yang
05:42berada dalam kaum Dayak.
05:43Jadi itu mungkin satu lagi angle menarik untuk dibincangkan dengan panel-panel apakah mungkin pengaruh kaum-kaum Dayak ini dalam
05:50pengundian Sarawak kali ini.
05:52Saya rasa mungkin tadi Wani minta demografi sahaja.
05:55Mungkin kita boleh berhenti di sini.
05:57Inilah satu bentuk demografi orang-orang di Sarawak.
05:59dan mungkin saya teruskan kepada Syazwani dan juga Ikhwan untuk teruskan dengan perbincangan bersama dengan panel-panel di studio.

Recommended