00:00Kita kembali bersama dengan Farhan. Farhan tadi ada masalah teknikal sikit tapi kita dah terangkan beberapa faktoid berkenaan dengan berkenu
00:10ini.
00:11Tapi tak salah kalau Farhan ada sisi lain yang ingin dikongsikan selain daripada kita melihat kepada proses penamaan calon hari
00:18ini. Farhan.
00:24Terima kasih Syazwani dan juga Ikwan di Bukit Jalil. Seperti yang Syazwani ingatakan tadi saya berada di Dewan Masyarakat Berkenu
00:33untuk meninjau proses penamaan calon di N71 Berkenu di bawah Parlimen P218 Sibuti.
00:39Dan saya dan jurukamera Nurfah Mimad Asha tiba di sini seawal jam 6.50 pagi menggunakan jalan darat dari Miri
00:48sekitar 40 minit dan kami mendapati suasananya agak tenang di sini kalau saya bandingkan dengan pengalaman saya mengadakan liputan di
00:58negeri-negeri di Semelanjung Malaysia.
01:00Di sini agak tenang dan ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa di sini mungkin dijangka tidak ada pertandingan.
01:11Kalau kita lihat rekod politiknya pada PRN Sarawak 2021 yang lalu, kursi DUN N71 Berkenu ini menyaksikan pertandingan empat penjuru
01:25yang mana menyaksikan penyandangnya terdahulu Dato' Rozi Unus memperoleh majoriti 5,397 undi mengalahkan pencabar terdekatnya dari Parti Keadilan Rakyat
01:40PKR Nur Hafizah Muhammad Johari yang memperoleh 957 undi.
01:46Dan kenapa kami memilih DUN Berkenu ini kerana seperti laporan media beberapa hari lalu, gabungan Parti Sarawak GPS menampilkan calon
01:57baharu bagi kursi ini,
01:59saudari Nur Fatin Syafah Wanita Hamad yang mana beliau menggantikan Dato' Rozi Unus yang memegang DUN Berkenu ini sejak kursi
02:09ini diwujudkan pada 2006.
02:12dan tentunya ini menarik untuk kita perhatikan kerana seperti mana yang dinyatakan oleh pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun
02:20Openg,
02:20ini merupakan langkah strategik gabungan itu untuk meremajakan parti.
02:26Dan kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh calon baharu ini, beliau bertekad untuk memperkasa golongan belia dan juga wanita
02:35di DUN Berkenu ini
02:36selain meneruskan legasi pembangunan yang ditinggalkan oleh penyandang kursi ini, Dato' Rozi Unus.
02:46Dan kalau saya boleh kongsikan sedikit latar belakang mengenai calon baharu ini, beliau mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai jurutera kanan
02:53di Sarawak Energi Berhad SED
02:55yang mana menyifatkan pemilihan dirinya sebagai satu amanah besar yang akan digalas sebaik mungkin.
03:03Tentunya ini satu perkembangan yang menarik untuk kita perhatikan kerana lebih ramai calon muka baharu yang ditampilkan oleh gabungan parti
03:13Sarawak GPS
03:14dan beliau merupakan antara 11 nama baharu yang diketengahkan pada PRN Sarawak kali ini.
03:23Dan seperti mana yang dinyatakan oleh rakan-rakan setugas saya yang lain, kalau mungkin ada timbul persoalan mengenai sentimen pengundi
03:30di sini dan sebagainya,
03:31sama sahaja apa yang menjadi keutamaan mereka adalah untuk melihat infrastruktur dan juga segala aspek yang berkaitan dengan pembangunan dan
03:44sebagainya itu
03:44terus ditambah baik dan tentunya rekod yang dicapai oleh pimpinan kerajaan negeri terdahulu ataupun sebelum PRN ini berlaku
03:57menjadi sandaran kebanyakan calon yang datang daripada gabungan parti Sarawak GPS ini di kesemua 82 kerusi dun yang dipertandingkan pada
04:09PRN kali ini.
04:11Sudah tentu selain daripada cerita persaingan politik, kami akan terus bawakan cerita-cerita rakyat bukan sahaja di Miri,
04:19mungkin saya dan jurukamera akan turun ke kawasan sekitar ataupun di bahagian utara Sarawak ini untuk berkongsikan
04:26apa lagi aspirasi pengundi-pengundi daripada kelompok umur yang berbeza, apa yang mereka mahukan selain daripada infrastruktur
04:34dan juga perkara-perkara yang mungkin akan disuarakan setiap kali PRN berlaku.
04:41Tentunya itu antara fokus kami pada PRN kali ini dan juga kalau saya boleh kongsikan juga keadaannya masih tenang
04:50setakat jam 8.58 pagi ini masih belum ada lagi kelihatan mana-mana calon yang datang sebagai pencabar kepada calon
05:00baharu ini
05:01dan di belakang saya ini merupakan calon DPS Nur Fatin Syafah Wanita Hamad yang masih lagi menunggu sekiranya
05:09ada pencabar yang datang mencabar beliau di Don N71 Berkenui ini dan segala persoalan mengenai perkara itu
05:17akan terjawab pada jam 10 pagi. Untuk waktu ini kita kembali ke Bukit Jalil.
05:23Terima kasih.