• 5 minutes ago
MDEC akan memperkenalkan panduan penggunaan AI mengikut industri bagi membantu PMKS memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan secara bertanggungjawab, meningkatkan produktiviti dan melindungi data syarikat.
Transcript
00:00Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDEC akan menyediakan panduan penggunaan kecerdasan buatan AI mengikut industri bagi membantu perusahaan mikro, kecil
00:09dan sederhana PMKS mengaplikasikan teknologi itu secara selamat dan berkesan.
00:15Menurut pengurusinya, Ganesh Kumar Bangah, panduan sebut akan membantu PMKS memahami kaedah terbaik menggunakan AI tanpa mendedahkan data yang perlu
00:24dilindungi.
00:27Menurut beliau, AI bukan sekadar alat untuk mendapatkan maklumat tetapi boleh digunakan bagi meningkatkan produktiviti syarikat melalui penggunaan ejen AI.
00:36Ganesh menjelaskan ejen AI mampu melaksanakan tugasan berulang secara automatik tanpa memerlukan arahan berterusan daripada pengguna.
00:44Beliau berkata cabaran utama PMKS ketika ini ialah kos penggunaan teknologi AI dan tahap pengetahuan mengenai cara menggunakannya secara optimum.
00:53Bagi mengatasi perkara itu, National Compute Exchange atau NCS akan dilancarkan tahun depan untuk menyediakan akses kapasiti pengkomputeran pada kos
01:03yang lebih rendah kepada syarikat tempatan.
01:06MDED turut melihat peluang memperkukuh pendidikan TVET dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran robotik dan automasi.
01:12Dalam masa sama, jelajah Malaysia Digital yang dilaksanakan di 12 lokasi di seluruh negara terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan
01:22teknologi digital dan AI.
01:24MDED dan Kementerian Digital menyasarkan ekonomi digital menyumbang 30% kepada ekonomi negara menjelang tahun 2030.
01:32Ganesh menegaskan celik AI merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai rakyat bagi menyokong aspirasi Malaysia menjadi negara peneraju AI menjelang
01:412030.
01:42Terima kasih telah menonton!

Recommended