00:00Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyudupan dadah termasuk jika membabitkan anggota
00:08pasukan keselamatan negara.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara
00:18tidak terjejas.
00:19Ketika berucap pada Majlis Ilmu Madani yang menampilkan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Syekh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Al-Qaradari
00:27di Kompleks Seri Perdana Putrajaya pada Jumaat, Anwar mengakui pendirian kerajaan memerangi rasuah, memberi cabaran kepada kepimpinannya, namun perkara itu
00:37tidak akan menjadi penghalang untuk meneruskan usaha berkenaan.
00:40Tegas beliau, Pasukan Pertahanan Negara perlu memiliki tahap integriti tinggi tanpa menyalahgunakan aset ketenteraan untuk kegiatan jenayah.