• 2 minutes ago
Menjelang PRN Sarawak ke-13, isu perwakilan kaum dalam kepimpinan negeri kembali menjadi perhatian, khususnya tuntutan supaya masyarakat Dayak diberi peluang lebih besar dalam pentadbiran.
Transcript
00:00Konsep Sarawak First yang mengutamakan perpaduan semua kaum perlu diperkukuh bagi memastikan keharmonian dan kestabilan politik negeri itu menjelang pilihan
00:09raya negeri Sarawak ke-13.
00:10Timbalan pengarah Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak Unimas, Prof. Madia Dr. Arnold Puyuk berpandangan,
00:17Sarawak First sesuai dengan keadaan negeri itu yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik tanpa satu kelompok mendominasi masyarakat keseluruhannya.
00:27Namun jelasnya rakyat lebih mengutamakan isu pembangunan, peluang pekerjaan, ekonomi dan kemudahan asas berbanding soal kaum terutamanya mereka yang tinggal
00:36di kawasan luar bandar.
00:40Kalau kita berjumpa dengan anak-anak muda, ramai juga yang tanya kepada saya, apa pekerjaan baru yang akan di cipta?
00:45Maksud juga para graduan kita?
00:47Kepada para graduan, apakah ada pekerjaan yang baru?
00:49Ada akan nanti akan lebih ramai anak-anak muda daripada Peninsular Malaysia, daripada seluruh dunia akan datang ke Sarawak sebab
00:58banyak peluang pekerjaan di sini.
01:00Sebab kalau kita lihat masih belum ada peluang pekerjaan.
01:03That is why ramai anak-anak Sarawak yang pergi ke Singapura, pergi ke Peninsular Malaysia, ada yang pergi ke UK,
01:10Australia dan sebagainya.
01:14Beliau berkata menjelang PRN, GPS perlu memastikan pembangunan turut dinikmati semua lapisan masyarakat, khususnya dalam menangani masalah tanah adat, bekalan
01:24air, jalan raya dan capaian internet yang masih menjadi keperluan penduduk.
01:29Justru konsep Sarawak First perlu diterjemahkan melalui dasar dan pembangunan yang adil kepada semua kaum, bukan sekadar slogan bagi memastikan
01:39setiap masyarakat merasakan kepentingan mereka diberi perhatian dalam pentadbiran negeri.
01:45Selain itu, isu perwakilan masyarakat dayak dalam kepimpinan negeri juga antara cabaran dengan terdapat desakkan supaya lebih ramai pemimpin kaum
01:54itu diberi peluang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri.
01:58Beliau berkata demikian dalam program Pantau Awani pada Jumaat.
Comments

Recommended