00:00Lima tahun akan datang disifatkan sebagai tempoh kritikal untuk Sarawak meneruskan momentum pembangunan dan mencapai sasaran yang digariskan menjelang tahun
00:082030.
00:09Timbalan Premier Sarawak Dato' Amar Dr. Sim Kuhian berkata, kejayaan yang dicapai Sarawak sepanjang sedekad lalu membuktikan bahawa kestabilan politik
00:18dan perancangan jangka panjang menjadi faktor utama kemajuan negeri.
00:25Berucat pada perhimpunan mobilisasi SUPP Zon Selatan di Kuching, beliau berkata Sarawak kini berada pada landasan yang betul untuk mencapai
00:33tahap pembangunan yang lebih matang dalam tempoh lima tahun akan datang.
00:38Sehubungan itu, Dr. Sim menyuruh seluruh ahli dan jentera parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP agar terus memperkukuh perpaduan dan menggembling
00:46tenaga menjelang pilihan raya negeri Sarawak ke-13.
00:49Beliau turut menekankan kepentingan penyertaan masyarakat Cina dalam politik arus perdana bagi memastikan kepentingan komuniti itu terus diwakili dalam proses
00:58penggubalan dasar kerajaan negeri.
01:00Pada majlis sama, SUPP memperkenalkan enam calon bagi PRN Sarawak ke-13 termasuk Dr. Sim yang akan mempertahankan kerusi Don
01:09Batu Kawah.
01:10Suruhanjaya pilihan raya menetapkan Sabtu sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal akan berlangsung pada 8 Disember sebelum hari pengundian
01:19pada 12 Disember ini.