• 3 minutes ago
Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia berharap Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia Islam menerusi pembangunan dan kefahaman agama yang seimbang.
Transcript
00:00Malaysia berpotensi menjadi negara contoh kepada dunia Islam berdasarkan keupayaan pembangunan dan peranan generasi mudanya.
00:07Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syekh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Al-Kharadari berkata,
00:13beliau melihat potensi besar itu dan berharap kepimpinan negara meneruskan usaha kearah matlamat berkenaan.
00:22Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Majlis Ilmu Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:29di Kompleks Seri Perdana Putrajaya. Ucapannya diterjemahkan oleh Ustaz Firdaus Khadir.
00:36Syekh Ali Muhyiddin turut berharap generasi muda membina kefahaman Islam yang baik dan seimbang
00:41bagi membantu Malaysia menjadi teladan kepada umat Islam di seluruh dunia.
00:45Beliau menyeru golongan muda supaya meluangkan lebih banyak masa untuk bekerja berbanding hanya bercakap.
00:51Beliau turut menyatakan rasa gembira melihat kehadiran ramai golongan muda pada majlis berkenaan.
00:57Program yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu merupakan sebahagian daripada usaha
01:02membentuk masyarakat yang mencintai ilmu serta menghargai adab dan nilai murni.
01:07Inisiatif yang dicetuskan Anwar selepas menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022 itu
01:12kini turut diadakan di seluruh negara.
01:15Terima kasih telah menonton!

Recommended